Bagi aku ini adalah salah satu inisiatif yang bagus supaya segala aduan dapat dibuat dengan mudah terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), seterusnya segala tindakan susulan dapat dilakukan dengan segera yang mungkin.
Aplikasi CaknaKPKT buat masa ini hanya boleh digunakan oleh pengguna andriod, untuk pengguna iOS pula aplikasi ini masih dalam peringkat pengujian. Aplikasi ini sangat berguna, memang patut ada dalam setiap telefon pintar rakyat Malaysia, biar mudah kita nak buat aduan jika ada sebarang masalah yang berkaitan.

Melalui info yang aku dapat, aduan akan dihantar kepada PBT. Namum disebabkan perlaksanaan aplikasi ini masih baru , pada peringkat awal ini hanya melibatkan 7 PBT sahaja yang terlibat iaitu di PBT - Melaka Bersejarah, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, Jasin, Majlis Bandaraya Johor Bahru (Johor), Majlis Daerah Tanjung Malim (Perak) dan Majlis Daerah Bentong (Pahang).
Manakala bagi aduan di kawasan yang lain, aduan akan dihantar kepada Jabatan Kerajaan Tempatan terlebih dahulu kemudian barulah dipanjangkan aduan kepada PBT yang berkaitan.
Diharap dapat disegerakan biar PBT diseluruh negara dapat menerima aduan secara terus, mudahan tindakan susulan juga akan pantas untuk membaiki apa juga kerosakkan yang berlaku.

Muat-Turun di Android : CaknaKPKT
Ada satu lagi aplikasi yang fungsinya sama dengan Cakna KPKT ini adalah Aplikasi CitiAct, yang juga boleh dimuat turun di Play Store.