-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Perbezaan Samsung Galaxy S6 Original Dengan Clone

Mungkin sudah ramai yang tahu perbezaan antara Samsung Galaxy S6 original berbanding dengan telefon clone (replika). Dalam entri kali ini aku ingin buat ulang kaji kepada mereka yang tak tahu supaya pengguna tidak tertipu.

Teknologi smartphone pantas maju kehadapan, tak kurang hebatnya juga teknologi clone yang seiring, malah ada telefon clone yang diciplak kelihatan sama seperti smartphone original. Sehingga secara nata kasar kita sukar untuk menbezakan antara Samsung Galaxy S6 yang original dan yang palsu.

Baca juga : Cara Mengetahui Handphone Samsung Original

Mungkin ada orang yang memang ingin membeli telefon clone, cuma takut-takut ada yang terpedaya dengan penjual yang menawarkan smartphone harga murah tapi menyatakan ia smartphone original.





Perbezaan Samsung s6 Original Dengan Clone

Berikut adalah beberapa ciri yang anda boleh tilik dan perhatikan untuk menbezakan antara telefon Samsung Galaxy S6 orginal dengan Galaxy S6 clone.

Display




Perbezaan ketara antara Samsung Galaxy S6 original dengan yang clone pada bahagian diplay.

Galaxy S6 yang original menpunyai display 5.1-inch 2k serta dipadukan dengan Super AMOLED.

Manakala S6 clone menpunyai paparan skrin yang berpiksel (pixalated). Dengan paparan yang hambar serta ada bar hitam yang tebal disekeliling skrin.

Cover Belakang





Selepas anda membeli Galaxy S6, keluarkan daripada kotak dan perhatikan bahagian cover belakang telefon.

Galasy S6 orginal diperbuat daripada kaca yang berkualiti tinggi serta tahan lama. Manakala S6 versi palsu kelihatan seperti kaca namum sebenarnya ia diperbuat daripada plastik.

Cuba ketuk dengan perlahan menggunakan jari anda pada bahagian cover belakang, telefon palsu akan mengeluarkan bunyi plastik.


Kamera




Galaxy S6 memiliki kamera berkualiti tingi dengan 16 mega-pixel. Serta menampilkan paparan antar-mua minimalis dengan kawalan di tepi dengan ada banyak 'mode' dan 'effects' boleh dilihat secara real-time pada 'view finder'.

Kamera S6 clone adalah yang berkualiti rendah, serta kelihatan 'noise' yang ketara apabila di'zoom'.


Semak Versi Software




Cara lain adalah anda boleh godek dibahagiang setting untuk mengenal pasti versi perisian yang digunakan pada telefon tersebut.

Pergi ke Setting > About Phone dan semak Android Version.

Galaxy S6 yang orginal didatangkan dengan perisian Android 5.0 Lillipop, Chipset Exynos 7420, CPU Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57 dan GPU Mali-T760MP8. 3GB RAM.

Manakla S^ clone pula dengan perisian Android 4.4, CPU MTK6589/82 Qaud Core 2Ghz, GPU PowerVR SGX 544MP. 2GB RAM. Spec mungkin berbeza mengikut kilang mengeluarkan telefon clone.



TouchWiz UI




Galaxy S6 tampil dengan TouchWiz UI yang terkini. Dengan ciri-ciri yang canggih seperti Multi-window, mini player, heart-rate sensor dan lain-lain.

Manakala paparan S6 clone kelihatan hampir sama tetapi tidak menpunyai ciri-ciri seperti yang diatas.


Semak IMEI Number




Selanjutnya seperti yang ramai sudah tahu anda boleh menyemak nombor IMEI. Anda cuma perlu dail cide *#06#*, selepas itu akan dipaparkan nombor IMEI 15 angka.

Anda boleh mendapatkan maklumat teperinci Galaxy S6 anda dengan menyemak di laman web seperti
  • IMEI.info
  • SnDeepinfo
  • IMEIdata.net
  • MobiFreedom.net

Untuk mengesahkan lagi Samsung Galaxy S6 original, anda boleh muat-turun aplikasi benchmark yang menbolehkan anda meilhat spesifikasi telefon. Antaranya adalah Quadrant, Antutu dan CPU-Z.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail