Sebenarnya ada banyak teknik, tips dan taktik untuk Search Engine Optimazation (SEO). Ada yang berada di jalan putih dan ada yang memilih jalan hitam.
Sejak kebelakangan ini pihak Google begitu gigih untuk menpertingkatkan mutu enjin carian mereka agar benar-benar menbantu pengguna mereka mendapatkan maklumat yang ditaip pada kotak carian. Mereka berusaha untuk mengetepikan entri yang dianggap cuba mengaburi mata Google Bots.

Terlalu Menumpukan Kepadatan Keyword
Jika dahulu, inilah salah satu teknik SEO yang berkesan untuk mendaki ranking di SERP. Kelemahan pada masa itu telah diambil kesempatan dengan memadatkan keyword (Keyword Stuffing), dari sinilah wujud entri untuk robot, entri jadi kaku.
Namum kini enjin carian Google menganalisis dan mencari entri yang berkualiti serta segar. Jadi kepadatan keyword yang tinggi bukan lagi satu keperluan dalam teknik SEO. Malah jika keyword yang terlalu padat mungkin akan mencacatkan entri dan sekalgus ditendang jauh jauh oleh Google hingga langsung tidak dapat dicari di SERP.
Ada yang beri cadangan cukuplah sekadar 2% kepadatan keyword digunakan.
Backlinks Berbayar Dan Tidak Berkualiti
Backlink adalah teman setia kontent blog. Dan ia juga telah disalahguna untuk mendapat ranking baik di SERP. Malah ia juga telah menjadi salah satu bisnes yang pesat dengan servis menjual link kepada pembangun web/blog untuk tujuan SEO.
Kini enjin carian lebih tumpukan kepada backlinks yang berkualiti serta relevan dengan isi kandungan. Jadi ketika melakukan link building, kita seharusnya mencari link yang benar-benar berkualiti agar segala usaha kita tidaklah menjadi sia-sia.
Jadi kini strategi ini bukanlah lagi booster kepada teknik SEO. Malah lebih teruk blog terbabit mungkin akan disenarai hitam oleh enjin carian.
Sekian dahulu sedikit perkongsian aku kali ini untuk kita bincangkan dan bertukar pendapat.