Ramai blogger yang tahu HTTPS adalah asas kepada keselamatan internet kerana ia menyediakan beberapa manfaat penting :-
1. Selepas ini lebih sukar untuk orang asing mencuri maklumat atau mengesan aktiviti penulis blog dan pengunjung,
2. Ia membantu menyemak pelawat membuka laman web yang betul dan tidak sedang diarahkan ke lokasi tidak sepatutnya.
3. Ia membantu mengesan jika ada orang yang berniat jahat cuba untuk mengubah apa-apa data yang dihantar dari Blogger kepada pengunjung blog.

Tapi sayangnya HTTPS tidak menyokong custom domain untuk blog macma aku ini, tak apalah mungkin pihak Google akan berusaha untuk buat penambaikkan dimasa akan datang.
Salah contoh blogspot yang telah menggunakan HTTPS, iaitu Official Google Blog.
Cara Setting HTTPS untuk Blogspot/Blogger
Kepada rakan-rakan blogger yang ingin mencuba penangan HTTPS ini, caranya nak setting cukup senang :-1. Buka dashboard blogspot masing-masing.
2. Klik Setting > Basic
3. Cari HTTPS Setting dan pilih 'Yes' pada HTTPS Availability
Namum harus diingat, mungkin selepas blog anda menggunakan HTTPS ada beberapa perkara pada blog anda takkan berfungsi dengan baik.
Blogspot authors should be aware that if they choose to encrypt at this time, some of the current functionality of their blog may not work over HTTPS. This can be a result of template, gadgets, and blog post content, and is often caused by mixed content errors, some of which may be fixable by the author themselves.