-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Blog Review : HeroBorneo.Com

Dikesempatan ini aku nak buat sedikit blog review, www.heroborneo.com. Ini adalah salah satu blog rakan blogger yang aktif menulis. Aku kenal blog ini bermula daripada blog beliau yang telah padam iaitu kakiblog.com.

Blog Review HeroBorneo Com


Sebenarnya aku tidaklah hebat sangat bab nak mengomen pasal blog orang lain, bog aku sendiri pun dah jarang-jarang ada entri terbaru.

Aku harap review tuan empunya blog iaitu Hanafi Abdullah tak marah-marahkan aku nanti kalau aku tersilap tulis pasal blog dia.

Blog Review : HeroBorneo.Com

Dari segi isi kandungan blog ini sangat bagus, sesuai dengan tag line iaitu untuk motivasi. Cuma aku ingin berika ulasan untuk beberapa perkara berikut.

Kelajuan Blog

Bagi pendapat aku sendiri, kelajuan blog adalah snagat penting. Sebab kita sendiri pun akan hilang sabar apabila buka blog yang lembap.

Dari segi mata kasar blog ini agak laju dari segi loading. Cuma mungkin boleh diperbaiki beberapa perkara. Apabila aku semak blog ini di Google Pagespeed Insights, score yang terhasil agak kurang memuaskan. Kelajuan pada tampilan dekstop hanya mencapai 66/100, manakala untuk paparan mobile hanya 57/100.

Pada cadangan aku, tuan Hanafi boleh perbaiki sedikit dengan mengubah beberapa code javascript dengan mengalihkan code terbabit dan letakkan di bahagian paling akhir template blog, diletakan sebelum "</body>".

Javascript juga boleh dioptimasi dengan compress agar ruang template jimat dan sedikit sebanyak menpengaruhi kelajuan blog.

Apabila cerita pasal compress, aku juga galakkan tuan punya blog untuk turut compress code css blog ini.

Design Blog

Design blog ini agak kemas dan ringan. Juga mudah untuk dibaca. Struktur penulisan blog juga teratur kerana penulis suka membahagikan setiap topik kepada tajuk-tajuk kecil yang lebih memudahkan pembaca untuk faham.

Cuma aku sarankan agar ruangan 'above the fold' blog ini ditambahbaik agar lebih menarik. Iklan yang diletakkan terlalu keatas telah mencacatkan sedikit design blog ini. Untuk tampil lebih menarik banner iklan itu boleh diletakkan ditepi sebelah header.

Bahagian navigasi blog juga bagus, ruangan sidebar juga digunakan dengan sempurna tanpa widget yang memberatkan loading blog.

Cuma pada bahagian footer boleh diperkemaskan lagi dengan meletakkan widgets yang sepadan. Jika tidak gunakan footer pun tak mengapa pada pendapat saya.


Kesimpulan

Aku rasa cukuplah dahulu review aku pasal blog ini, aku cuba sentuh sedikit beberapa masalah teknikal pada blog ini. Harap tuan Hanafi dapat terima ulasan aku, jangan marah bro.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail