-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Alhamdulillah, Dah Pindah Rumah Baru

Alhamdulillah, tahun ini segala perancangan berjalan lancar dengan izin-Nya. Tahun ini  target kedua aku dalam hidup telah berjaya, iaitu memiliki rumah sendiri. Setakat hari ini sudah sebulan lebih aku merasa tinggal di rumah baru aku ni.

rumah pertama rumah baru

Walaupun plan sebenar telah berubah, dalam perancangan awal sepatutnya aku beli rumah dahulu barulah kahwin. Dah nak buat macam mana jodoh sampai dahulu, kita kahwin dulu la.

Rasa lega sebenarnya, apabila kita sudah memiliki rumah sendiri. Lagipun feel bayar rumah sendiri lain sikit daripada duk bayar duit sewa rumah kepada orang lain..hahaha...

Walaupun buat masa sekarang aku cuma mampu beli rumah teres, target masa akan datang mungkin nak beli rumah banglo atau sekurang-kurangnya semi-D. Maklumlah manalah tahu bertambah pula ahli keluarga nanti.


Sebab itu beberapa bulan kebelakangan ini aku tak sempat nak mengadap blog, sesaja aku sibukkan diri dengan rumah baru aku. Biasalah rumah baru, banyak benda nak kena buat. Lagipun coverage internet dekat kawasan perumahan baru ini agak perlahan dan belum ada kabel telekom, aku dah telefon orang streamyx dorang cakap nak tunggu banyak tak permintaan daripada orang taman ini baru nak masuk pasang tiang.

Tak adalah banyak benda yang aku buat untuk rumah baru ini, cuma buat pendawaian elektrik tambahan sekali dengan pasang lampu dan kipas, nak pasang grill, bikin table top dekat dapur. Padahal aku upah orang yang buat tapi aku pula yang sibuk tak ada masa. Dan yang paling penat adalah nak basuh rumah dengan pindah barang. Duit pun rabaklah sikit.

rumah pertama rumah baru rumah pertama rumah baru

Seronok juga aku lihat dekat kawasan taman ini ramai orang Melayu yang beli rumah. Baguslah sebab semua jiran aku kiri kanan depan belakang semuanya orang Melayu. Secara kasar boleh aku katakan semuanya umur sebaya dengan aku dalam lingkungan 30-an. Macam aku sendiri memang target aku nak beli rumah sebelum umur 30, sekarang alhamdulillah target itu tercapai.

Jadi kepada anak muda yang baru dapat kerja, target utama kena beli rumah. Kalau boleh target awal sebelum umur 30 dah memiliki rumah sendiri. Selepas itu barulah fikir pasal nak kahwin. Jangan jadi macam aku kahwin dahulu baru beli rumah..hahaha




Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail