BlogerLelaki.com pada kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk tahun 1436 H (2015). Ada orang sebut hari raya haji, ada juga yang panggil hari raya korban, kalau 'orang putih' dia panggil Eid Al-Adha.
Seperti biasa, setiap tahun takkan tertangguh atau terlewat pada tanggal 10 Zulhijjah akan tetap dirai oleh seluruh umat Islam sebagai salah satu hari perayaan yang besar selain daripada Hari Raya Aidil Fitri.
Ada orang yang meraikan hari ini seteleh mereka berjaya menunaikan ibadah haji. Satu kemenangan yang besar, setiap umat Islam sudah pastinya bercita-cita ingin menunaikan ibadah haji dengan sempurna.
Namum tahun ini, tragedi tak disangka berlaku di Masjidil Haram. Tragedi kren tumbang akbat ribut pasir telah meragut korban yang melibatkan 7 jemaah haji daripada Malaysia. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Bagi mereka yang menlaksanakan ibadah korban pula, sudah semestinya mahu mempersembahkan hadiah yang terbaik yang mampu di persembahkan bukan untuk manusia tetapi untuk Allah S.W.T.
Itulah hakikat ibadah qurban. Bukan gemuk atau kurus lembu diambil kira, bukannya banyak atau sikit daging menjadi ukuran atau mahal atau murah nilai binatang korban menjadi hitungan.
Ingatlah ibadah yang terbaik adalah kerna keikhlasan hasil daripada ketaqwaan yang mendalam kepada Allah S.W.T. Semoga setiap amalan kita akan diterima sebaiknya untuk dijadika bekalan kita kelak.