Mr Jocko atau nama sebenarnya Rosmadi Shakri berasal daripada Negeri Cik Siti Wan Kembang. Salah seorang nama besar dalam arena blogging tanahair dan menjadi pengasas kepada Bloggers Media. Ada juga menerbitkan beberapa blog lain tetapi blog utama sudah semestinya MrJocko.com.
Mr Jocko : Santai dan Bermaklumat
Gaya penulisan Mr Jocko santai tetapi padat dengan maklumat. Blog ini ditulis dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sesuai dengan 'niche' blog travel yang ingin berikan maklumat kepada umum.Jika kita bercadang hendak pergi bercuti, blog 'lifestyle travel' ini memang sesuai dijadikan sebagai tempat rujukan untuk memilih tempat-tempat percutian yang menarik dan berbaloi. Mr Jocko selalunya akan berikan review yang terbaik di setiap pelusuk tempat yang telah dia jelajahi. Malah beliau siap buat review hotel tempat penginapan lagi.
There are millions of people worldwide. Let's travel and you'll find new friends" - MrJocko
Mr Jocko bagi aku bukan sekadar seorang pelancong, tetapi dia juga seorang pengembara. Dia banyak mencuba aktviti-aktiviti yang ada di sesetengah tempat yang dia singgah. Apabila kita baca artikel pengalaman dia secara tak langsung membuatkan kita ingin mencuba pergi dan rasai pengalaman yang sama.
Selain daripada menulis tentang travel ke tempat percutian yang menarik. Mr Jocko juga ada menulis tentang review hotel, pelancaran produk terkini, food review serta diselitkan juga isu semasa sekali sekala kebiasaannya isu semasa yang ada berkait rapat dengan travel.
Satu yang menarik perhatian aku pada blog Mr Jocko ini adalah dia ada sediakan satu page resume. Ini menunjukkan Mr Jocko bergerak dengan profesional. Dengan adanya resume lebih memudahkan pihak-pihak yang ingin bekerjasama dengan Mr Jocko menatap data peribadi secara terus.
Susun Atur Blog Yang Lebih Kemas
Blog Mr Jocko kini nampak lebih profeesional. Kini susun atur blog lebih ringkas dan kemas berbanding dahulu sebelum Mr Jocko berhijrah dari blogspot ke wordpress.Ruang 'above the fold' blog digunakan secara maksimum dengan memaparkan 'Bootstrap Slider' gambar-gambar travel yang memberikan lebih feel travel kepada pembaca. Bagi blog travel selain daripada penulisan, gambar juga memainkan peranan untuk menarik perhatian pembaca. Kerana pembaca mahu lihat apakah betul tempat yang dilawati itu menarik.
Yang paling penting tidak ada iklan yang berserabai, yang kadangkala boleh buatkan pembaca hilang mood dan klik 'X".
Cuma daripada segi kelajuan loading blog agak kurang menberansangkan. Walaupun secara kasarnya blog ini tidaklah terlalu berat, namum ia boleh dipertingkatkan untuk berikan lebih kepuasan kepada pembaca.
Daripada hasil ujian Pagespeed Insights, untuk desktop kelajuan blog hanya 60/100 dan untuk pengguna mobile lebih menyeksakan dengan kelajuan blog hanya 44/100.
Kelajuan untuk pengguna mobile ini aku rasa memang patut para blogger ambil berat, kerana kini lebih ramai orang gemar melayari blog atau website menggunakan mobile. Antara tindakan mudah yang patut diambil adalah dengan optimize gambar.
Sekian dahulu review ringkas blog Mr Jocko. Kalau ada apa-apa komen yang terlampau itu harap abang Mr Jocko maafkan. Maklumlah budak baru belajar nak komen pasal blog otai, menggeletar jari jemari ini mengetuk papan kekunci.