Penghasilan Telekung Reehans dibuat dengan begitu teliti, kualiti diutamakan agar mencapai matlamat supaya bakal pemilik telekung ini nanti akan merasa sungguh selesa ketika bersolat. Material dalam penghasilan telekung ini adalah diperbuat daripada English Cotton dan Italian Valentro yang terbaik. Sudah pastinya ia akan menjadi telekung pilihan muslimah.
Etika Pemakaian Telekung Di Dalam Solat
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)."
- surah Al-A'raf ayat 31
Kerana kita sekarang akan mengadap Allah Yang Maha Besar. Sedangkan jika kita dipanggil mengadap Raja/Sultan sudah pastinya kita akan berpakaian kemas, bersih dan cantik. Inikan pula ketika hendak bertemu dengan Allah S.W.T. - Raja segala raja.
Secara asasnya, antara salah satu syarat sah solat ialah kita perlu menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Disebabkan itu adalah digalakkan adalah memakai telekung bagi muslimah.
Telekung adalah kain selubung yang dipakai oleh muslimah ketika menunaikan solat.
Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin ada menyatakan beberapa syarat pakaian yang dikenakan dalam solat. Ringkasnya adalah sebagai berikut:
1. Tidak menampakkan kulit tubuh yang ada di balik pakaian
2. Bersih dari najis
3. Bukan pakaian yang haram untuk dikenakan seperti sutera bagi laki-laki, atau pakaian yang melampaui/ melebihi mata kaki bagi lelaki (isbal).
4. Pakaian tersebut tidak membuat bahaya bagi pemakainya. (Lihat pembahasan dan dalil-dalil masalah ini dalam Asy-Syarhul Mumti‘, 2/148-151)
Hukum Memakai Telekung Berwarna
Sebenarnya tidaklah menjadi isu besar berkaitan warna telekung, selagi pakaian itu mengukiti etika menutup aurat yang ditetapkan syarak. Pakailah telekung warna apa sekalipun ia tidak menjadi masalah. Asalkan ianya tidak melampau sehingga boleh menganggu tumpuan orang lain yang hendak bersolat.Namum ada pendapat yang menyatakan Rasulullah menyukai pakaian berwarna putih, jadi ianya menjadi sunnah jika kita pun memakai baju berwarna putih. namum tiada halangn untuk menggunakan warna lain.
Koleksi Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Reehans Telekung ada menawarkan 3 rekaan utama telekung mengikut selera dan citarasa pilihan muslimah moden iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur dan Reehans Rania. Setiap rekaannya ada ciri-ciri tersendiri dan sudah pastinya ia dihasilkan bagi menepati kualiti yang ditetapkan. Agar ianya selesa dipakai ketika bersolat oleh muslimah.Selain untuk dipakai oleh diri sendiri. Telekung Reehans juga amat sesuai jika ingin dijadikan barang hantaran majlis perkahwinan. Rekaannya yang esklusif sudah pastinya akan memberi makna yang cukup besar kepada pasangan.
Juga boleh diberikan sebagai pemberian hadiah yang istimewa kepada yang insan tersayang, kepada isteri, ibu, adik atau sahabat akrab. Sesungguhnya takkan sia-sia pemberian hadiah kita ini, kerana hadiah kita digunakan oleh mereka untuk beribadah.
Lebih bermakna jika kita membeli telekung untuk dijadikan wakaf, diletakkan di masjid atau surau untuk kegunaan muslimah lain bersolat. Ini mungkin salah satu usaha kecil kita untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menunaikan ibadah yang besar.
Reehans Balqis
Reehans Balqis amat sesuai buat muslimah moden. Telekung yang cantik ini direka dengan pelbagai corak bungaan, ada 24 jenis corak untuk pilihan muslimah. Antaranya Balqis in Flower Blue Brown, Balqis in Flower Blue Green, Balqis in Flower Lavender Purple dan banyak lagi pilihan corak.
Ia dihasilkan dengan fabrik English Cotton yang berkualiti tinggi. Ianya sangat selesa untuk dipakai, lembut dan tidak panas.
Reehans Balqis cuma ada 2 saiz iaitu saiz M dan saiz L.
Saiz M untuk muslimah yang berketinggian diantar 140com - 160com. Saiz L untuk muslimah berketinggian 150cm - 175cm.
Reehans Nur
Ciri istimewa telekung ini ialah mempunyai ropol di bahagian bawah telekung.
Material bagi telekung ini adalah daripada fabrik Italian Valentro yang berkualiti tinggi dan menepati kualiti selesa, lembut dan tidak panas.
Reehans Rania
Reehans Rania sebenarnya sama dengan Reehans Nur dari segi material fabrik juga menggunakan Italian Valentro. Bezanya adalah cuma rekaan ini tidak mempunyai ropol.
Variasi Reehans Rania ini sesuai untuk mereka yang ingin sentuhan esklusif dengan 2 pilihan warna iaitu Dusty Pink dan Vanila Cream.
![]()
Info Lanjut dan Tempahan:
WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com
Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur.