-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze

Kini pelbagai faedah teknologi boleh diaplikasikan untuk memaksimakan keuntungan perniagaan. Jadi kita perlu sentiasa alert dengan setiap perkembangan yang setiap hari semakin pantas.

Jika terdahulu aku pernah berkongsi berkenaan cara Letak Lokasi Premis/Kedai Di Google Maps. Diatas permintaan salah seorang pembaca BloggerLelaki.com yang meminta aku buatkan pula cara-cara nak masukkan lokasi kedai ke dalam aplikasi Waze.

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze


Waze adalah aplikasi navigasi GPS yang popular bagi pemilik telefon pintar hari ini. Jadi sudah pastinya para peniaga tidak mahu ketinggalan untuk masukkan lokasi mereka agar mudah dijumpai oleh orang ramai.

Anggaran pengguna Waze di Malaysia juga agak tinggi mencecah 1.4 juta pengguna yang menjadikan Malaysia termasuk dalam Top 5 jumlah pengguna Waze tertinggi di dunia.

Sebenarnya Waze ini juga dimiliki oleh Google. Peta yang digunakan di dalam aplikasi ini juga adalah sama dengan peta yang terdapat pada Google Maps. Satu berita baik buat pemilik premis perniagaan/kedai adalah Waze membenarkan pengguna untuk menambah data sesuatu lokasi.

Sebagai peniaga yang sentiasa mahu maju ke hadapan, peluang ini seharusnya digunakan untuk memudahkan lagi bakal pelanggan anda untuk menuju ke lokasi premis anda dengan bantuan aplikasi Waze.

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze


1. Buka aplikasi Waze pada telefon pintar anda.


2. Klik pada button "Report Traffic".

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze


3. Selepas itu klik pulak pada button "Place"

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze


4. Selepas itu anda dikehendaki mengambil gambar. Jika anda ingin masukkan lokasi premis peniagaan/kedai anda adalah lebih sesuai jika ambil gambar bahagian depan kedai anda yang nampak jelas nama kedai anda.

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze


5. Kemudian anda dikehendaki memasukkan nama syarikat / kedai anda.

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze


6. Dan, anda perlu memilih kategori jenis perniagaan anda. Masukkan maklumat yang tepat. Penuhkan juga di ruangan alamt serta nombor telefon supaya senang untuk dihubungi.

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze


7. Selepas selesai, dalam beberapa saat. Lokasi premis perniagaan / kedai anda akan terpapar di dalam peta aplikasi Waze.

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail