Selepas kita riang gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, tak lama lagi bakal menyusul pula Hari Raya Aidiladha. Ada sesetengah orang menyebutnya sebagai Hari Raya Qurban dan ada pula yang lebih senang unutk menyebutnya Hari Raya Haji.
Antara ibadah yang kita tahu sunat untuk dilakukan pada Hari Raya Aidiladha adalah melakukan ibadah qurban. Ini adalah sebagai tanda atau bukti kecintaan kita kepada Allah, walaupun mungkin tak terbanding dengan korban yang telah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lakukan dahulu.
Sekurang-kurangnya kita juga mahu mempersembahkan hadiah yang terbaik kepada Allah S.W.T. Bukankah sudah cukup banyak nikmat kita nikmati sepanjang tahun, jadi dengan ibadah qurban kita mahu lahirkan rasa syukur kita di atas segala nikmat yang kita perolehi selama ini.
Ingatlah, setiap ibadah yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan Lillahi Ta'ala pasti akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T. Apa sahaja yang kita lakukan perlu hadir bersama ikhlas.
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."
- (Al-Hajj 22:37) -
Kini ibadah qurban dan aqiqah lebih mudah dengan adanya E-Qurban, kita boleh laksanakan ibadah ini secara online. Mudah dan cepat dibawah pengurusan E-Qurban Resources.
Harga tempahan lembu/kambing qurban 2015
- Satu bahagian lembu qurban adalah RM320 satu bahagian lembu.
- Seekor kambing qurban adalah RM580 seekor kambing.
Untuk Tempahan Lembu/Kambing Qurban 2015 =>> Tempah E-Qurban