-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Isu Bauksit Di Kuantan

Sejak kebelakangan ini, pengeluaran bauksit di kawasan Kuantan meningkat dengan mendadak. Dan ia menjadi isu panas bagi penduduk setempat yang terkena tempiasnya secara langsung, terutama bagi penduduk di RTP Bukit Goh, Kuantan.

Isu Bauksit Di Kuantan

Bukan kita nak salahkan bauksit, sebab bauksit ini adalah antara bahan utama untuk hasilkan pelbagai barangan dan produk yang kita gunapakai setiap hari. Bauksit adalah bahan mentah untuk menhasilkan aluminium. Pada sebuah kereta kita hari ini paling kurang pun diperbuat daripada 160kg aluminium. Belum cerita barangan lain yang turut dihasilkan menggunakan aluminium.

Boleh dikatakan permintaan terhadap bauksit ini sentiasa ada sebab manusia memerlukan aluminium terus menghasilkan pelbagai produk.

Bauksit yang ditarah di Kuantan akan dieksport ke China. Antara negara lain yang turut membekalan bauksit ke China adalah Indonesia, Australia dan India.

Pada tahun 2014, Indonesia telah menghentikan pengeluaran eksport bauksit dan nikel ke negara China. Akibatnya bekalan bahan mentah untuk memenuhi permintaan aluminium berkurangan.

Antara sebab itulah juga, pengeluaran bauksit di Malaysia pula meningkat secara mendadak. Pada tahun 2013, China cuma mengimport 208,770 tan bauksit daripada Malaysia. Dan jauh berbeza pada tahun 2014, jumlah pengimportan tersebut meningkat lebih 400% menjadikan semuanya berjumlah 962,799 tan.

Jika dahulu antara pusat pengeluaran bauksit yang utama Di Malaysia adalah di kawasan Pengerang, Johor. Kini Bukit Goh, Kuantan serta kawasan sekitar pula menjadi antara pengeluar bauksit yang berskala besar juga.

Isu Bauksit Menjadi Parah Kepada Penduduk Kuantan

Pencemaran

Untuk menhasilkan 1 tan aluminium, ia memerlukan 4 atau 5 tan bauksit. Semasa kerja melombong bauksit pula akan menghasilkan 10 tan sisa batu serta  3 tan lumpur merah bertoksik.

Jadi daripada hasil itu kita boleh nampak berapa banyak pencemaran yang akan terhasil kesan daripada aktiviti perlombongan bauksit ini.

Kini pun sudah boleh dilihat kesannya, selain kawasan perlombongan yang sudah dirobek buminya. Kawasan sungai mulai mengalir kemerahan hingga membawa ke persisiran pantai.

Selain itu, ada juga kawasan kediaman yang terlibat menjadi laluan mengangkut bauksit. Akibatnya kawasan tersebut menjadi berdebu.

Akibat daripada pelombongan bauksit yang tidak terkawal akan menyebabkan pencemaran udara, pencemaran air serta boleh mengundang kepada masalah kesihatan kepada masyarakat disekitar.

Dalam satu kajian penyelidik Australia menyatakan lumpur merah bauksit boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Selain itu bahan Hidrosida Natrium (NaOH) yang terkandung dalam lumpur merah bauksit adalah berbahaya kepada manusia. Jika bahan ini terkena secara lansung kepada manusia boleh mengakibatkan kerengsaan kulit, radang pernafasan.

sumber : http://www.vlink.com/socialissues


Masalah Lalu Lintas dan Kemalangan

Menurut pihak yang bertanggungjawab, antara 2 April hingga 23 Mei lebih kurang 43,278 buah lori telah di periksa. Dan sebanyak 1,134 buah lori telah disita. Malah telah menghasilkan kutipan kompaun kesalahan yang dilakukan sehingga berjumlah RM 2.1 juta.

Disebabkan jumlah lori yang terlalu banyak, skala penguatkuasaan dilihat kurang berkesan. Mungkin anggota pihak berkuasa tidak mencukupi untuk memantau keadaan.

Sering dilihat lori-lori yang mengangkut bauksit melakukan kesalahan di jalan raya seperti :-

a) Membawa dan mengisi muatan secara berlebihan, sehingga boleh menganggu pemandu kenderaan yang lain. Kerana apabila bauksit diisi secara berlebihan banyak tumpahan bauksit ke atas jalan raya dan jalan menjadi kotor.

Jalan jadi berdebu apabila musim panas, dan berselut pada musim hujan.

Malah ada batu yang jatuh ke boleh terkena cermin kenderaan yang berada di belakan.

b) Lori yang tidak mengikut peraturan jalan raya, yang sering aku lihat adalah lori membuang pusing U (U-turn) di tempat yang tidak dibenarkan kepada kenderaan berat membuat pusingan U. Akibatnya akan menganggu pengguna jalan raya yang lain.

Ada juga lori yang dipandu dengan laju, terutama lori yang sudah kosong dengan muatan selepas bauksit di tuang di perlabuhan.

Ada disesetengah kawasan telah menyebabkan kesesakan lalulintas kepada penduduk setempat.

c) Munkgin ini isunya kecil, tapi macam mana penguatkuasaan hendak dijalankan jika ada sesetengah lori yang kotor sehingga no plate lori tersebut tidak nampak. Jika berlaku kemalangan, macam mana mangsa hendak membuat aduan kepada pihak polis.

Gambar Kesan Aktiviti Perlombongan Di Kuantan

Ini adalah gambar-gambar yang aku perolehi daripada kawan-kawan yang post di Group Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM).

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Pada aku aktiviti perlombongan bauksit ini tak salah, sebab ini juga menjadi salah satu sumber pendapatan kepada negeri ini serta menjadi sumber pendapatan bagi orang kita mencari rezeki. Cuma cara perlaksanaannya perlu mengikut prosedur yang betul agar tidak menganggu penduduk serta mengakibatkan masalah pencemaran yang teruk.

Diharap aktiviti kerja perlombongan bauksit ini dijalankan tidak terlampau gelojoh. Kini dapat kita lihat ia dilakukan secara besar-besaran, sudah pasti tujuannya adalah untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat.

Jangan hanya fikirkan keuntungan semata-mata fikirkan juga akibat yang akan berlaku nanti, apabila bumi dinodai dengan nafsu serakah pasti akan ada balasannya kelak.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail