-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kenapa Blog Aku Kurang Dapat Trafik?

Aku tertarik dengan satu komen yang datang dari salah seorang pembaca blog aku, dia tanya aku kenapa blog dia susah / kurang dapat trafik? Aku mula-mula anggap dia bercanda, aku terus pergi ke blog dia. Nyata blog dia baru ada 1.5K pageview dan hanya baru berusia 3 bulan.

Kenapa Blog Aku Kurang Dapat Trafik

Sememangnya kita perlu belajar teknik atau cara menarik trafik ke blog baru. Jika kita rajin, kita 'google' pun sudah dapat tips-tips yang bagus untuk kita praktikkan agar blog kita mendapat trafik yang berterusan.

Aku nak cerita lebih-lebih pun aku ini bukannya pakar sangat. Cuma aku boleh berkongsi apa yang aku faham dan apa yang aku tahu.

Kenapa Blog Aku Kurang Dapat Trafik?

Konsepnya cukup mudah, untuk dapatkan trafik. Entri atau artikel blog kita perlu terdedah kepada ramai pembaca. Kalau pembaca tak jumpa cari entri blog kita, macam mana blog kita nak dapat trafik yang banyak.

Jadi kita perlu tahu dimana tempatnya untuk kita paparkan entri kita, untuk kita war-warkan entri kita kepada orang ramai. Pendek kata kita perlu cari lubuk yang ramai orang untuk dapatkan trafik yang tinggi masuk ke blog kita.

1. Bagi blog aku sumber trafik utama adalah datangnya daripada search engine (enjin carian) Google. Ada orang taip ayat di kotak carian google, dan entri aku yang berkaitan telah terpapar di bahagian keputusan carian google. Apabila orang itu klik masuk ke blog aku, lalu aku dapatkan trafik.

Inilah yang orang duk panggil SEO. Nak tahu pergilah belajar. Ini sememangnya sumber trafik yang berterusan bergantung pada 'keyword'.

2. Cara lainya adalah aku promosikan entri aku di laman sosial. Ini juga salah satu langkah penting untuk dapatkan trafik, dan juga social signal. Markah sosial signal ini juga antara faktor penting untuk SEO.

3. Seterusnya aku ping entri blog, setakat ini aku cuma guna satu sahaja laman ping, iaitu Blogr.my.

4. Cara promosi yang keempat aku buat adalah blogwalking (sekarang dah tak sempat). Pergi ke blog-blog lain dan berikan komen, jangan lupa untuk tinggalkan link supaya senang orang kembali ke blog kita.

Nah itu sahaja yang aku buat untuk dapatkan trafik.

Lagi satu nasihat aku nak buat blog yang berjaya kita perlukan usaha yang gigih, kena banyak bersabar serta banyak belajar teknik-teknik yang betul.

Dalam masa yang singkat sebenarnya tak banyak yang boleh kita harapkan. Sebab ini bukan kerja mudah yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Tengok aje la blog hebat yang lain, mereka juga mengambil masa untuk trampil hebat seperti sekarang.

Blog aku semas awal dahulu 3 bulan pertama ia sudah berjaya mengumpul 25K pageviews. Tapi pada awalnya aku tidak terlalu fokus kepada trafik blog, bagi aku pada masa itu aku lebih tumpu kepada penulisan dan belajar, belajar, belajar betul-netul.

Tiada yang mustahil jika kita buat perkara yang betul.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail