-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Perodua Akan Lancarkan Model Kereta Sedan ( Perodua D63D )

Menurut CEO Perodua Datuk Aminar Rashid, Perodua akan melancarkan model Perodua sedan pada tahun hadapan yang kini hanya dikenali dengan nama kod D63D. Menarik untuk kita saksikan apakah Perodua mampu menyaingi Proton yang sudah lama mengeluarkan kereta model sedan.

Dalm info yang terkini, Perodua akan melancar model kereta sedang ini pada 21 Julai 2016. Model ini diberikan nama Perodua Bezza yang hadir dengan model 1.0L dan 1.3L.

perodua sedan d63d

Kita tahu Perodua telah berjaya menguasai pasaran Malaysia dengan model Perodua Myvi yang sentiasa mendapat permintaan. Mampukah Perodua hasilkan model kereta sedan setanding Myvi?

Cuma kini pastinya ramai yang ternantikan bagaimanakah rupa bentuk kereta sedan yang akan Perodua hasilkan. Kita semua tahu Perodua adalah anak syarikat kepada Toyota/Daihatsu. Dan beberapa model yang Perodua keluarkan sebelum ini adalah daripada model kereta Daihatsu.

Adakah kereta sedan ini juga akan terhasil daripada model yang dikeluarkan oleh Daihatsu??

Disini aku sedikit keliru, kerana buat masa ini tiada kereta model sedan yang dipasarkan oleh Daihatsu. Aku rasa tak mungkin Perodua akan keluarkan reka bentuk kereta yang hampir sama dengan model kereta Toyota.

Adakah Perodua akan mengambil langkah berani hasilkan rekabentuk kereta yang mereka scracth sendiri daripada awal. Ada pakar manipulator kereta yang cuba berikan gambaran awal Perodua Sedan D63D, mereka cuba dapatkan gambaran awal berdasarkan Myvi 2015 Facelift.

Adakah visual yang dihasilkan ini menepati reka bentuk sebenarn Perodua Sedan itu?

Perodua Akan Lancarkan Model Kereta Sedan ( Perodua D63D )

Perodua Akan Lancarkan Model Kereta Sedan ( Perodua D63D )

Perodua Akan Lancarkan Model Kereta Sedan ( Perodua D63D )
Sumber Paultan.org

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail