Walaupun aku faham ramai yang cuba buat ayat sarkastik di media sosial, dengan menyindir kereta myvi.

"Kerana setitik myvi, habis rosak myvi sebelanga" tak pasal-pasal semua orang hentam pemilik Myvi yang lain....hahaha
Tak mengapa, sebab Myvi tak bersalah.
Myvi Tak Bersalah, Sikap Pemandu Yang Salah
Tak pernah bersalah pun, cuma yang sering melakukan kesalahan adalah sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pemandu yang lain.Aku berpegang pada prinsip orang salah tetap salah.
Tak payah nak tegakkan benang yang basah, jika benar seperti yang didakwa bahawa ada 6 buah kereta Myvi pada masa kejadian sedang berlumba. Sila hadapkan mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan, biar mereka bertanggungjawab terhadap sikap mereka yang melampau ini.
Kecoh juga dengan satu kelab Myvi ini yang cuba membela ahli kelab mereka yang dikatakan terlibat dengan kemalangan terbabit. Bagi aku, jika benar tidak bersalah tak perlu takut. Jangan sembunyikan diri, pergi ke balai polis berikan laporan yang betul.
Daripada laporan polis pasal kemalangan ini yang tersebar, kenyataan yang diberikan seperti ada percanggahan. namum, biarlah pihak polis yang menjalankan kerja mereka, kiata sebagai orang awam diam0diam sudah lah, tak ada orang nak bayar gaji kita nak menyibukkna diri.
Sekali lagi aku tekankan kelab kereta tak bersalah, yang membuat salah adalah ahlinya yang tidak bertanggungjawab. Jadi tak eloklah kita kutuk ahli kelab tersebut yang lain, yang langsung tidak terlibat semasa kejadian.
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang menjadi korban. Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua PEMANDU di Malaysi, berhati-hatilah sentiasa di jalanraya ingatlah orang yang tersayang.