-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Monoloque : Ringgit Kenapa Kau Tak Jatuh Dari Langit

Mendengar kembali lagu-lagu hasil tangan Loque buat aku terkenang kembali ke zaman muda remaja. Zaman aku dipersekolahan, budak baru nak naik layan lagu Grunge. Boleh dikatakan band Butterfingers adalah idola dan sumber inspirasi aku pada masa itu.

Monoloque : Ringgit

Kini Loque trampil dengan Monoloque, ada gaya tersendiri. Tengkolok yang dipakai Loque buatkan aku teringat akan kulit album mereka pada tahun 1999 yang berjudul Transcendence. Menjadi penghias kulit album itu dengan ahli kumpulan Butterfingers bergambar seakan-akan raja dan hulubalang Melayu.

Muzik Butterfingers pada aku pada waktu itu cukup memuaskan halwa telinga aku. Setanding muzik yang dimainkan oleh band barat. Walaupun tak dinafikan pada awalnya 'sound' lagu butterfingers ada sedikit persamaan dengan band Nirvana dan Mudhoney.

Album pertama Butterfingers dilahirkan adalah pada tahun yang sama Krist menerbitkan album live Nirvana yang berjudul From Muddy Bank of the Whiskah (album selepas kematian Kurt Kobain). Pada tahun 1996, Butterfinger album pertama mereka berjudul 1.2 Milligrams.

Bait senikata lagu Ringgit sebenarnya jujur mengambarkan duit, ringgit dan masyarakat. Liriknya tak cukup mendalam, cukup lancar untuk dihadam. Jarang-jarang sekali ada muzik yang berkualiti sebegini dihidangkan di industri muzik tanahair.

Duit, nak cari duit. Kenapa kau tak jatuh dari langit?



Monoloque - Ringgit (Lirik)

Malasnya nak fikir
Sudah bosan untuk mencuba
Setiap malam berzikir
Tarik diri dari berlumba

Duit, nak cari duit
Kenapa kau tak jatuh dari langit
Hidup ini memang perit
Kalau kau hamba wang ringgit

Bila poket kosong
Ramai orang lekas tersinggung
Cari kertas gambar Agong
Kalau takde bungkus balik kampung

Duit, nak cari duit
Kenapa kau tak tumbuh dari bawah parit
Ku tersepit ku dihimpit
Masyarakat hipokrit

Bila jatuh pokai
Semua rancangan terbengkalai
Borak pun dah tak berlagak pandai

Duit, nak cari duit
Kenapa kau tak jatuh dari langit
Hidup ini memang perit
Kalau kau hamba wang ringgit

Duit, nak cari duit
Kenapa kau tak tumbuh dari bawah parit
Ku tersepit ku dihimpit
Masyarakat hipokrit

Duit, duit di mana kau duit
Kenapa kau tak jatuh dari langit
Hidup ini memang perit
Kalau kau hamba wang ringgit

Ku tersepit ku dihimpit
Batu belah batu konkrit

Duit, duit, duit
Nak cari cari duit di celah batu konkrit
Duit, duit, duit
Maafkan hamba, hamba bukan hamba wang ringgit

Duit, duit, duit
Nak cari cari duit di celah batu konkrit
Duit, duit, duit
Maafkan hamba, hamba bukan hamba wang ringgit

Duit, duit, duit
Maafkan hamba, hamba bukan hamba wang ringgit
Duit, duit, duit
Duit, duit, duit
Nak cari cari duit

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail