Anak aku suka tengok binatang, selalu dapat tengok dalam televisyen sahaja. Jadi kali ini aku ingat nak bawa anak aku tengok binatang depan mata sendiri.
Nak masuk Gambang Safari Park kena tiket, dua dewasa dicas RM 80.00. Nasib baik anak aku boleh masuk percuma. Kalau tak lagi nipis dompet aku.
Masuk-masuk je terus pergi Simba Point, boleh tengok singa dua ekor. Tapi aku skip tempat ini, sebab aku naik bas terus pergi Eagle Point. Di sini ada dua simpang, satu nak ke Savanah Wild dan Taman Burung.
Disebabkan aku teruja nak tengok binatang liar jadi aku pergi ke Savanah Wild terlebih dahulu. Yang tak seronoknya, kita kena tunggu cukupkan korum untuk naik bas. Nak pusing Savanah Wild memang kena naik bas, sebab dekat dalam kawasan tersebut, haiwan dibiarkan hidup bebas dikawasan berpagar masing-masing.
Ada banyak juga haiwan-haiwan liar dekat dalam tu, tapi kebanyakkan dibela berpasangan. Ada badak air, harimau malaya, cheetah, genu, rusa, seladang, kambing gurun, buaya dan macam-macam lagi. Yang tak seronoknya apabila bas yang bawa kami tu cuma berhenti sekejap sahaja di setiap kawasan binatang tersebut. Tak puas nak tengok. Tapi mungkin sebab cuaca agak panas, ke banyakkan haiwan sedang tidur atau berehat sahaja ditempat berteduh mereka.
Yang seronoknya Savanah Wild ni adalah kita dapat tengok haiwan hidup di alam semulajadi. Tak seperti di zoo, kita tengok haiwan di dalam sangkar.

Selepas selesai pusing Savanah Wild, aku pergi ke Taman Burung pula. Ada macam-macam jenis burung. Aku sempat juga beri burung makan. Kalau tak silap aku, ada 3 tingkat bangun yang menempatkan pelbagai jenis burung. Dan ada juga burung dilepaskan bebas di dalam ruang legar bangunan yang besar.
Sebenarnya, taman burung ini agak besar. Kalau korang ada sakit lutut, rasanya tak sempat nak pusing habis keliling Taman Burung ini.
Ada juga pertunjukkan burung dekat bangunan itu juga. Tapi pertunjukkan hanya bermula pada pukul 3 petang.
Antara haiwan lain yang ada juga boleh di lihat disana adalah beruang, ular ada tapi tak banyak, ikan pun tak banyak, iguana, biawak dan ada banyak lagi.
Untuk haiwan yang aktif pada waktu malam pun ada, tapi aku tak sempat tengok sebab aku balik awal. Tempat haiwan malam dibuka pada pukul 7 malam kalau aku tak silap. Dan berdekatan tempat itu juga ada dibuat pertunjukkan Tarzan, ini pun bermula malam dan aku tak sempat tengok. Sebenarnya ada tiket untuk Night Safari, yang ini kita boleh masuk untuk waktu malam sahaja dengan kawasan yang terhad.
Bagi aku okey la tempat ini. Walaupun ia tak seperti apa yang aku harapkan pada awalnya. Bagi anak aku, dia memang seronok sebab boleh tengok banyak haiwan, boleh berlari, penat dia sampai tertidur dalam kereta.