Jadi apa tunggu lagi, bukan smartphones anda, download Instagram sekarang, dan mulakan!!!
Konsep di Instagram cukup mudah, kita post gambar, tulis beberapa kerat ayat, tambah hashtags dan post serta kalau perlu tags member-member.
Nampak senang kan? Tapi adakah semudah itu untuk kita buat teknik pemasaran di Instagram.
Duk sembang pasal Instagram nie, korang dah follow ke Bloggerlelaki dekat Instagram, kalau belum jom follow sekarang. Haaa..Klik sini >>> https://instagram.com/bloggerlelaki/
Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Instagram?
Aku tahu pasti ada orang akan bertanya soalan ini, bagaimana caranya nak buat duit dengan akauan Instagram? Sebenarnya caranya sama sahaja dengan plaform lain, sama juga yang orang buat duit dengan Facebook.Promosi Bisnes, Produk Dan Servis
Jika anda ada bisnes, ada produk nak dijual, ada servis nak ditawarkan. Jadi dengan akaun Instagram tadi anda boleh jadikan sebagai medium pergiklanan. Pendek cerita ini jalan untuk kita promosi, promosi, promosi dan jual.Bila dah jual dapatlah duit!