Nur Fitri Azmeer Nordin juga adalah salah serang genius matematik, menuntut dalam jurusan Matematik di Kolej Imperial London.

Ini bukan cerita baru kita dengar pasal masalah yang menimpa pelajar pintar dari malaysia. Ada yang digelar genius matematik, namum di penghujungnya diselubungi kisah hitam yang memilukan.
Apa masalah anak Genius Malaysia jadi sebegini? Sepatutnya kepintaran luarbiasa mereka digunakan untuk memajukan negara.
Anak Genius Malaysia
Mari kita singkap kembali beberapa nama anak genius Malaysia yang pernah heboh diperkatakan di suatu masa dahulu oleh media massa.1. Mohd. Shukri Hadafi - Boleh membaca surat khabar seawal usia 3 tahun, diambil berlakon dalam filem Menanti Hari Esok. Dan dijadikan anak angkat oleh Prof. Diraja Ungku Aziz.
2. Sufiah Yusof - Diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
3. Chiang Ti Ming - Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech). Selepas itu dia melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York.
4. Chan Yao-ban - Pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne.
5. Ady Putra - Berkebolehan menyelesaikan soalan matematik peringkat universiti dengan formulanya sendiri, ketika beliau berusia 6 tahun.