-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Punca Sakit Lutut Menjadi Parah

Sakit Lutut? Ala mesti orang akan cakap ini penyakit orang tua sahaja yang kena, tapi bro jangan silap sebenarnya orang muda juga boleh terkena sakit lutut. Biasanya yang aktif bersukan atau gemar aktiviti lasak.

Sakit lutut bukan boleh dibuat main-main sama juga seperti sakit pinggang, seksa hidup kalau setiap kali nak berjalan terasa sakit, nka berlari pun rasa sakit. Lebih-lebih lagi apabila nak naik tangga, seksa beb.

Boleh dikatakan lutut ini juga adalah salah satu nikmat tubuh badan yang perlu kita hargai, seperti juga. Kalau sudah sakit memang perit dan sukar untuk sembuh.

sakit lutut

Kenapa sakit lutut boleh berlaku kepada kita?

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita sakit lutut. Antaranya adalah...

1. Semakin usia kita meningkat tulang rawan yang menyelaputi lutut akan semakin menipis.

2. Permukaan lutut tidak lagi licin dan ini boleh menyebabkan terjadinya osteoarthritis. Osteoarthritis berlaku apabila tulang bergeser antara satu sama lain dan mengakibatkan rasa sakit dan inflamasi atau keradangan.

3. Selain itu, dengan usia yang semakin bertambah elasitisitas ligamen semakin berkurangan. Ianya berpunca daripada perubahan kimia dalam protein yang membentuk ligamen. Disebabkan itu ligamen akan mudah terkoyak dan proses penyembuhan menjadi lambat.


Tips Mengurangkan Sakit Lutut agar kita dapat berjalan dengan selesa dan beribadah dengan sempurna.

1. Rajinkan diri untuk melakukan regangan pada bahagian paha depan, paha belakang dan betis. Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot dibahagian lutut.

2. Amalkan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti almond, kacang polong, oren, bayam, kacang, ikan salmon, sardin serta produk tenusu.

3. Jaga berat badan agar berat kita tidak berlebihan atau obesiti. Jika berat badan kita berlebihan boleh menyebabkan tekana beban pada bahagian lutut dan mengakibatkan rasa sakit.

4. Elakkan dari mengangkat barang yang berat atau berdiri terlalu lama serta berjalan terlalu jauh.

5. Jika sakit lutut semakin teruk sila berjumpa dengan doktro pakar untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail