Cerita sikit pasal kontest ini, peserta perlu dapatkan kata kunci yang diberikan oleh pihak penganjur dan buat satu artikel untuk huraikan 3 perkataan yang diberikan. Dan artikel yang ditulis, diolah dengan baik akan dinilai oleh juri-juri Blogr.My untuk dipilih sebagai pemenang.
Baru, Biru dan Buru, apa yang anda fikir tentang TIGA perkataan ini? Aku sudah huraikan di dalam entri penyertaan aku yang berjudul Tips Buat Blogger Baru.
Apa yang ada dalam kepala otak aku semasa menulis artikel ini adalah setiap perkataan itu perlu memberi makna, betul-betul bermakna. 'Biru' itu bukan sekadar warna biru. Ia perlu jadi sesuatu yang lebih daripada itu.
Walaupun tak susah untuk menulis dengan mengabungkan 3 perkataan ini. Dalam satu ayat pun kita boleh masukkan ketiga-tiga perkataan ini.
Contohnya:
Aku baru beli baju biru warna biru dalam keadaan terburu-buru.
Tapi aku tahu sudah pastinya juri mahu lihat lebih daripada itu, jadi timbullah idea merapu aku dan aku tulis dengan satu kali libasan. Macam biasa.
Tanpa kerangka karangan, peta minda atau apa sahaja yang cikgu Bahasa Melayu aku ajar semasa sekolah dahulu. Sama macam aku tulis untuk artikel kontest DenaiHati.com yang lalu. Mungkin ini cara aku, tulis ikut perasaan. Macam aku sedang menulis sekarang ni....
Keputusan Kontest Teroka Perspektif
Hadiah Utama:Artikel: Baru, Biru dan Buru
Blogr: Encik Titan
Blog: ahmadfaizal.com
Naib Johan:
Artikel: Tips Buat Blogger Baru
Blogger: Blogger Lelaki
Blog: bloggerlelaki.com
Saguhati:
Blogr: Hanif bin Idrus
Blog: hanifidrus.blogspot.com
Blogr: Bin Muhammad
Blog: relakssminda.blogspot.com
Blogr: Murni Mohd Yusof
Blog: murnimohdyusof.blogspot.com
Blogr: Ejam Othman
Blog: ejamothman.com
Blogr: Fadzi Razak
Blog: fadzirazak.blogspot.com
Blogr: Broframestone
Blog: www.broframestone.com
Tahniah diucapkan kepada Sifu Titan pemilik sejati blog AhmadFaizal.com yang memang aku respek dia punya penulisan. Dia ada skil tersendiri. Dia tulis panjang-panjang pun aku akan baca sampai habis. Macam cerita Hindustan, lama tapi best untuk dilayan.
Tak lupa kepada semua peserta yang lain, tahniah juga diucapkan. Semoga semua akan terus menulis artikel-artikel yang berkualiti.
Terima kasih banyak-banyak buat penganjur Blogr.My yang sudi menganjurkan kontest terbaik ini. Motif utama penganjur adalah untuk mengalakkan blogger menulis artikel yang berkualiti. Semoga Blogr.My akan terus maju.