Sudah pasti ramai yang mahu lihat apa pembaharuan yang Samsung bawa berbanding model terdahulu iaitu Galaxy S5. Adakah pembelian model terbaru ini berbaloi dengan harga serta pembaharuan yang dibuat?
Samsung Galaxy S6 kali ini direka lebih eksklusif dengan rekaan bingkai berasaskan logam dan kerangka berasaskan kaca. Skrin hadapan pula ditambahbaik dengan Gorilla Glass 4, anti-calar. Galaxy S6 juga dilengkapi dengan fingerprint scanner.
Yang menarik untuk diperhatikan juga pada model Galaxy S6 adalah fungsi Wireless Charging, menurut Samsung proses mengecas telefon ini akan lebih pantas. Disamping itu turut dipertingkatkan adalah kualiti gambar beresolusi tinggi yang mampu dirakam oleh camera Galaxy S6 16 megapixel dengan bukaan kanta 1.9 aperture.
Antara ciri-ciri yang ad apada Galaxy S6 adalah S-Health, S-Voice, intergrasi aplikasi Microsoft dan juga Samsung KNOX. Dan tiada lagi ruang slot untuk Micro-SD card.
Dalam pada itu, Galaxy s6 Edge turut diperkenalkan pada perlancaran ini. Galaxy S6 Edge direka dengan sedikit unik, dimana pada bahagian tepi melengkung di kedua-dua bahagian. Namum ia sedikit berbeza daripada model Note Edge yang dikeluarkan sebelum ini.
Penampilan Galaxy S6 Edge yang melengkung dibahagian tepi menunjukkan kepakaran teknikal Samsung. Serta aplikasi yang diselitkan pada bahagia tepi itu mungkin akan menjadi gaya baru kita menggunakan telefon.
Harga Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge Di Malaysia
Mungkin ramai yang ternanti-nanti model ini berada di pasaran Malaysia. Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan mula dijual pada 17 April. Berikut adalah harga bagi kedua-dua jenis model terbaru ini.- Samsung Galaxy S6 dijual dengan harga RM 2599.00 (Termasuk GST).
- Samsung Galaxy S6 Edge berharga RM 3099.00 (Termasuk GST).
Sumber Gambar dari Amanz.my