Ini adalah hasil penambahbaikkan terhadap program Android Device Manager. Dimana ia diperkenalkan sejak tahun 2013, namum kini ia diperkembangkan lagi untuk satu fungsi yang lebih bermanfaat dan lebih memudahkan kepada pengguna.
Pengguna Adroid tadi perlu log in dengan akaun Google yang sama telah didaftar pada telefon pintar mereka. Buka enjin carian Google dan taip 'Find My Phone'. Selepas itu pengguna yang kehilangan telefon pintar akan dipaparkan 'peta' yang menunjukkan lokasi terkini dimana telefon pintar tadi berada.
.gif&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Untuk pengguna iPhone juga ada servis mencari telefon hilang seperti ini, ia dipanggil 'Find My iPhone' yang akaunnya sync dengan iCloud.
Sudah pasti kemudahan dan servis seperti ini akan bermanfaat kepada pengguna. Jadi ingat, jika telefon anda tiba-tiba hilang, hanya perlu taip 'find my phone'. Lagi satu, sila jaga baik-baik e-mail serta 'password' akaun Google anda yang sync dengan telefon pintar...