-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

File Sitemap.xml Automatik Untuk Pengguna Blogger / Blogspot

Sitemap dalam bahasa mudahnya adalah Peta Laman dalam format .XML. Tujuan Sitemap adalah untuk memudahkan laman web atau blog diindeks dengan baik oleh Bots.

Sitemap.xml Automatik Untuk Pengguna Blogger/Blogspot


Dengan adanya Sitemap.XML ini membolehkan enjin carian mendapatkan maklumat tentang isi kandungan laman web / blog kita dengan lebih mendalam dan terperinci. Malah melalui sitemap juga konten blog kita lebih cepat diindeks oleh enjin carian.

Aku ada juga cerita pasal sitemap ini di dalam entri ringkas 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 3).

File Sitemap.xml Automatik Untuk Pengguna Blogger / Blogspot

Kini bagi pengguna platform Blogspot/Blogger pihak Google telah menyediakan fungsi Sitemap.XML secara automatik.

Contohnya anda boleh klik link ini http://www.bloggerlelaki.com/sitemap.xml.

Jadi kita tidak perlu lagi buat file sitemap.xml ini secara manual seperti sebelum ini dimana kita perlu guna XML Sitemap Generator. 

Dibawah ini adalah contoh apa yang terkandung di dalam sitemap.XML

<url><loc>http://www.bloggerlelaki.com/2015/04/blog-retis-terlampau-suka-sebar-cerita-blogger-malaysia.html</loc><lastmod>2015-04-09T13:19:13Z</lastmod></url>

Di dalam file Sitemap.XML akan dimasukkan maklumat berkenaan:
  • Masa (kandungan) terakhir dikemaskini.
  • Berapa kerap (kandungan) dikemaskini.
  • Menetapkan nilai sesuatu halaman.
Jika blog anda dikuasakan oleh platform blogspot/blogger anda bolah cuba tengok file Sitemap.XML blog anda sendiri. Cuma dengan taip di browser anda seperti dibawah ini:

http://namabloganda.com/sitemap.xml

Sekian dahulu, untuk tips kali ini. Semoga entri ini bermanfaat.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail