-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Bagaimana Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?

Adakah anda calon temuduga kerajaan? Sudahkah anda siap sedia untuk tampil yakin dihadapan ahli panel temuduga. Jangan runsing anda boleh layari laman Portal Temuduga Kerja Kerajaan sebagai langkah persiapkan diri untuk lulus temuduga kerja kerajaan.

Portal Temuduga Kerja Kerajaan

Jika anda bertanya bagaimana hendak lulus temuduga? Jawapan aku adalah ringkas, buat persediaan secukupnya.

Aku sendiri pernah menghadapi situasi ditemuduga, banyak kali. Apabila berhadapan ahli panel, sedikit sebanyak pasti akan ada rasa gementar. Jika kita tak dapat kawal perasaan gemuruh kita, kebarangkalian untuk kita melakukan kesilapan adalah tinggi.

Jadi mahu atau tidak kita kena buat persiapan secukupnya. Apabila diri kita didalam keadaan sedia, kita mampu mengawal keadaan dan menjawab soalan dengan tenang.

Dalam kita melakukan persiapan diri untuk menghadiri temuduga, apa yang perlu kita tahu dan apa yang perlu kita buat?

Membaca Tips Temuduga

Kita belajar daripada pengalaman orang lain. Apa yang pernah mereka hadapi dan bagaimana untuk kita mengatasi atau menjawab soalan apabila berhadapan dengan juri. Kita juga boleh mengagak apa soalan yang akan diajukan dan apa jawapan yang sepatutnya yang perlu kita berikan.

Sebagai contoh, soalan lazim yang ditanya "Sila perkenalkan diri anda". Ahli panel mahu nilai latar belakang diri kita lebih mendalam. Tapi ini bukan sesi berkenalan dengan kawan baru.

Jawapan yang patut kita beri adalah dengan memberitahu ahli panel tentang biodata peribadi kita seperti nama, umur, tarikh lahir, berasal daripada mana.

Seterusnya kita masukkan latar belakang pendidikan kita pula, bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi (IPT). Berikan info tentang bidang yang kita pelajari ketika di IPT.

Selepas itu, ceritakan pula pengalaman kerja kita jika ada. Biarpun tiada kaitan dengan jawatan yang diminta. Berikan info sejujurnya apa tugas yang kita lakukan, apa kemahiran yang kita dapat semasa bekerja.

Pendek kata, jawab soalan ini seperti sinopsis daripada resume yang kita lampirkan. Jadi kita perlu faktor resume juga penting.

Menulis Resume Dengan Betul

Ramai juga calon temuduga yang melakukan kesilapan dalam menulis resume. Daripada resume ahli panel mahu menilai diri kita. Latar belakang diri kita, latar belakang pendidikan kita, kemahiran yang kita ada serta pengalaman kerjaya yang lalu.

Antara perkara penting yang perlu diambil berat yang perlu ada di dalam resume adalah:
  • Gambar ukuran passport yang terkini dengan berpakaian formal.
  • Berikan maklumat peribadi yang tepat serta ringkas.
  • Pastikan ada alamat, nombor telefon dan e-mail untuk dihubungi.
  • Maklumat latar belakang pendidikan.
  • Maklumat pengalaman kerja.
  • Rujukan - berikan senarai pihak boleh dirujuk.

Penampilan Diri

Apabila sebut pasal pernampilan diri kita tahu ia berkaitan soal pakaian. Apabila menghadiri temuduga kerja kerajaan, kita kena pakai ikut tatacara berpakain penjawat awam. Jangan pakai seluar jeans atau pakaian casual.

Dalam soal penampilan diri, aku mahu sentuh juga adap kita ketika melangkah masuk dan berada di bilik temuduga.

Ketuk pintu dan berikan salam kepada ahli panel. Duduk dengan sopan, hulur dokumen kepada ahli panel dengan tertib.

Ketika menjawab soalan mata fokus memandang kearah ahli panel, mata jangan melilau. Jawab soalan dengan suara yang jelas, tak perlu menjerit tetapi jelas didengar oleh ahli panel.


Sekian dahulu tips kali ini. Mungkin anda sudah ada jawapan untuk soalan, bagaimana mahu lulus temuduga kerja kerajaan? Diri kita adalah penentu samaada kita mahu lulus atau tidak. Jika diri kita tidak membuat persiapan yang secukupnya seolah kita merelakan diri kita untuk GAGAL. Ingat peluang mungkin hanya datang sekali, kita perlu berusaha untuk mengapai kejayaan diri kita sendiri.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail