
Tapi jika sakit belakang ini berlarutan, ia akan jadi lebih serius dan mungkin buatkan kita merasa stress ditempat kerja sebab itu.
Ini Tips melegakan sakit belakang dari pemerhatian aku sahaja, ada yang aku selalu buat untuk. Jadi kalau korang nak tiru, itu diatas tanggungjawab diri korang sendiri. Jika sakit belakang korang serius aku nasihatkan pergilah jumpa doktor yang pakar, supaya hidup korang selesa tanpa sakit belakang.
Kalau bagi aku, punca lenguh/sakit belakang adlah disebabkan duduk terlalu lama. Duduk dikerusi empuk ofis, duduk di 'leather seat' kereta. Sampai di rumag. Rehat beberapa jam terus sambung duduk dikerusi balik mengadap blog.
Tips Melegakan Sakit Belakang
- Tidur diatas tilam yang keras, rumah aku ada tilam yang diperbuat daripada kekabu. Memang rasa selesa sangat tidur atas tilam ini untuk merehatkan tulang belakang.
- Letak kain/baju atau bantal kecil/nipis pada bahagian pinggan jka tidur telentang.
- Kalau bawa kereta, terutama untuk perjalanan yang jauh. Lapik batal untuk sokong bahagian belakang/pinggan kita. Dekat kerusi ofis pun boleh cuba tips ini.
- Jangan letak dompet kita yang tebal yang ada duit banyak tu di poket belakang. Sebab kalu kita duduk punggung kita jadi tidak sekata, senget sebelah. Jadi letak dompet itu di poket depan atau mungkin letak dalam beg sandang.
- Cari tukang urut tradisional yang bagus, manalah tahu ad aurat yang tersimpul atau terumbat. Bleh lancarkan perjalan darah dan melegakan sakit belakang kita.
Ini tips aku kongsikan cuma untuk melegakan sementara dan jika sakit belakang korang memang serius, sampai tak boleh nak duduk buat kerja itu memang sudah tahap yang serius dan akan bolgh mengurangkan kualit kerja dan kualiti hidup.
Jangan lupa baca entri aku sebelum ini Petua dan Herba Kongsibersamanora.