-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tips Blogwalking Yang Efektif Untuk blogger Baru

Blogwalking adalah aktiviti blogger berkunjung ke blog-blog lain. Walaupun ada kekangan masa, aku akan cuba ambil masa menziarahi blog-blog rakan. Aku memang cadangkan kepada blogger baru untuk buat blogwalking, sebab ini adalah salah satu cara yang efektif untuk menarik trafik ke blog baru, malah juga boleh meningkatkan ranking alexa.

Tips Blogwalking Yang Efektif


Blogwalking ini memang satu kerja yang senang tapi susah. Sebab ia jadi susah adalah kerana ia memerlukan masa dan kelajuan internet yang padu.

Soal masa itu yang paling utama sebab bukan sikit blog yang perlu kita kunjungi. Entah ada berapa ribu blog di Malaysia sahaja. Aku sendiri pun cuma mampu buat berkunjung ke 50 blog sahaja dalam masa sehari. Sangat sedikit, aku rasa jauh lebih sedikit berbanding blogger otai buat blogwalking.

Ada orang memang tak sanggup nak buat blogwalking, sampaikan ada software di reka khas untuk jalankan kerja-kerja blogwalking secara auto. Aku pernah dengar tapi tak pernah jumpa dan tak pernah guna software ini.

Apa tips blogwalking yang efektif bagi blogger baru? 

Mula-mula kita lihat dahulu, apa tujuan blogwalking. Secara amnya blogwalking adalah untuk :-
  • Promosi blog kita kepada blogger lain.
  • Salah satu cara untuk dapatkan backlink.
  • Mengenali dan mengeratkan hubungan sesama blogger.
  • Baca dan menambah ilmu pengetahuan baru daripada rakan blogger yang lain.
Masa aku mula-mula buat blog dulu, aku jadi blur. Aku tak tahu dimana nak mulakan blogwalking. Aku main redah dan mengharapkan magic, sebab aku banyak baca salah satu cara nak naikkan trafik adalah "Blogwalking". Tapi hasil aku dapat awal-awal dulu tak seberapa, kalau tak kuat semangat memang aku padam je blog aku ini.

Jadi daripada pengalaman aku ini tips daripada aku kepada blogger baru untuk memudahkan lagi gerka kerja blogwalking korang. Ini cuma pendapat aku, mungkin menjadi mungkin tidak. Jangan nanti korang salahkan aku apabila tips blogging tak menjadi...hahaha

Tips Blogwalking Yang Efektif

1. Cari blog yang sudah lama bertapak dan popular. Aku cadangkan bermula daripada blog seperti Denaihati.com, Hasrulhassan.com, Ahmadfaizal.com. Tiga blog ini sudah cukup sebab ini adlah antara Malaysia Best blog 2015.

2. Daripada 3 nama blog diatas, anda cari pula nama-nama blog lain yang suka berikan komen di blog tersebut. Boleh juga liehat di sidebar, top commetator do blog tersebut. Dari sini akan berkembang blog-blog yang perlu anda masukkan dalam list untuk di kunjungi. Sebab kebarangkalian tinggi blog-blog tersebut adalah blogger yang aktif buat blogwalking juga.

3. Buatkan senarai panjang, kemudian pilih blog yang patut anda kunjungi. Sebabnya ada juga blog yang aku jumpa semasa blogwalking seperti berikut:-
  • Blog yang berat, loading memakan masa yang lama. Kita nak cepat dan masa sedang berjalan.
  • Blog yang isinya banyak entri copy & paste berita-berita panas.
  • Blog yang ada banyak popup, nak klik situ, klik sini.
  • Blog lucah memang aku reject terus.
  • Pastikan blog itu memudahkan kita untuk berikan komen.
Ini adalah antara ciri-ciri blog yang kali pertama dan kali terakhir aku kunjungi.

4. Berikan komen yang terbaik anda, pastikan anda baca dahulu sebelum komen. Kalau tak baca anda tak tahu, jadi macam mana anda nak komen.

5. Jangan SPAM ruangan komen blog orang lain. Ini antara perkara yang tidak disukai oleh blogger. Kalau dah kita buat perkara yang orang tak suka, macam mana dia nak datang balik ke blog kita.

6. Jadilah pengomen tegar di blog-blog pilihan anda. Lebih bagus jika blog itu ada widgets top commentators. Sebab itu juga akan jadi cara untuk kita promosikan blog kita secara percuma di blog popular.

Namum begitu blogwalking tidaklah menhasilkan trafik yang terlalu banyak dalam masa yang singkat. Ia satu gerak kerja yang memakan masa yang panjang. Apabila kita jadikan ia sebagai rutin kita akan mula rasa suka untuk lakukan blogwalking ini.

Penutup

Rasanya cukup dahulu aku kongsikan tips blogging kali ini. Jika ada blogger yang lain ingin berikan penambahan maklumat tips blogwalking yang efektif unutk blogger baru, boleh berikan komen dibawah. Kita sama-sama bincang dan berkongsi ilmu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail