-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Fikir Dahulu Sebelum Benci

Sebagai manusia, sememangnya kita semua diberikan rasa sifat benci. Adakah sifat ini adalah satu sifat yang buruk? ya ia akan jadi sifat buruk apabila kita benci benda yang salah tanpa berfikir guna otak.

benci

Sifat benci ini bukan untuk kita saling membenci sesama manusia, lebih-lebih saudara seagama kita, jiran tertangga kita, ahli keluarga terdekat kita. Jangan ada sifat benci negatif ini sebab ia akan merosakkan dan buatkan kita hilang kualiti sebagai manusia yang baik.

al-Hassan al-Basri berkata:
" Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
(riwayat al-Baihaqi)

Tetapi adanya sifat benci ini adalah untuk kebaikkan juga. Ia akan jadi baik apabila kita benci kepada perbuatan munkar, kita benci melihat perbuatan dosa. Namum kita perlu berhati-hati juga dalam melahirkan rasa benci terhadap perkara munkar ini, kita bukanya benci kepada si pelaku.

Bukannya apa, jika kita timbulkan rasa benci kepada si pelaku, risau kita tidak dapat menerima diri sipelaku dosa walaupun dia sudah berubah. Disebabkan kebencian kita yang terlampau-lampau. Takut juga kita benci terlalu berlebihan sehingga melemparkan kata-kata kesat dan maki hamum. Sedangkan si pelaku yang berdosa masih terbuka pintu taubah disisi ALLAH S.W.T.

Jadi ingatlah fikir dahulu sebelum bencikan sesuatu. Jangan kita ikut emosi. Bukan hak kita unutk menghukum. Cara Islam, sudah tetapkan siapa yang berhak menghukum, dan tidak perlu kita membenci si pelaku kesalahan sehingga melampaui batas.

Tak baik membenci, penuhkan ruang yang ada selagi kita hidup untuk mencari cinta dan berkasih sayang sesama makhluk ciptaan tuhan.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail