-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

eQurban Kini Diurus Oleh Denaihati Network Sdn Bhd

Assalamualaikum, aku rasa sudah tak perlu dipekenalkan lagi eQurban sebagai peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia. Kini eQurban ingin melangkah lebih jauh apabila pengurusannya diambil alih oleh Denaihati Network Sdn Bhd, dengan harapan untuk memberikan perkhidmatan dan urusan sembelihan untuk korban dan aqiqah yang lebih sistematik.

e-Qurban 2015

Kita sudah sedia maklum matlamat utama eQurban adalah untuk mengagihkan daging korban dan aqiqah kepada mereka yang memerlukan di Kemboja dan negara-negara miskin yang lain. Agar dapat sedikit sebanyak meringankan beban kesusahan hidup yang mereka jalani.

Sistem Baru eQurban

1. eQurban akan menggunakan sistem online 100%, bermula daripada proses tempahan, pemprosesan data. Supaya kecekapan dapat ditingkatkan dan kesilapan dapat dikurangkan. Namum tempahan secara offline masih juga boleh dilakukan.

2. Selepas proses tempahan, pengesahan bayaran akan dibuat oleh pihak pengurusan dan proses akad melalui telefon dengan pembeli akan dilakukan.

3. Sembelihan aqiqah akan dijalankan setiap bulan. Peserta akan dimaklumkan selepas sembelihan dilakukan. Sijil pengesahan masih akan diberikan.

4. Sistem affiliate diberikan nafas baru, komisen akan dibayar setiap bulan, sebagai motivasi kepada

Tahniah diucapkan kepada Team Denaihati Network, semoga dengan usaha yang besar ini akan memberi manfaat kepada ummah sejagat dengan lebih meluas.

Klik sini untuk Tempahan Aqiqah dan Qurban 2015

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail