Assalamualaikum, Aku tertarik dengan contest Petua dan herba Kongsibersamanora. Jadi aku pun nak berkongsi juga herba yang aku suka dan yang memang selalu aku makan. Herba yang aku suka ini memang selalu ada di dalam rumah atau lebih tepat memang wajib ada di dapur rumah aku.
Herba yang aku maksudkan adalah halia. Ya, cuba pergi tengok dekat dapur anda semua, ada halia tak? Orang kita kalau masak memang banyak guna halia. Tak sedap tekak kita, tak lengkap hidangan masakan Melayu kalau tidak ada halia, betul tak?. Antara menu yang selalu dimasukkan halia adalah seperti sup, kari, rendang, tom yum dan banyak lagi.
Isteri aku pun memang selalu masak guna halia, jikalau habis halia dekat dapur memang aku kena kejar pergi kedai semata-mata nak beli halia. Nampak tak, bertapa pentingnya herba ini di dalam kehangatan romatika rumahtangga aku. Antara resepi berasaskan halia masakan isteri yang sangat aku suka adalah acar halia muda dan ayam masak halia. Memang sedap! kena tambah nasi dua kali.
Emak aku pula dia lebih suka makan halia muda dengan nasi, halia itu diracip halus untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi. Mula-mula aku tak suka, selepas aku cuba tiru cara emak aku makan halia sebegitu. Aku rasa sedap pula makan nasi macam emak aku buat, jika rasa kurang berselera, aku racip halia muda dan makan dengan nasi.
Sepertimana yang aku sebutkan diawal bicara tadi, ini adalah entri untuk contest "Petua dan Herba Kongsibersamanora". Di blog beliau juga sebenar ada beberapa petua yang berkaitan dengan herba halia. Berikut adalah beberapa entri daripada blog Kongsibersamanora yang sempat aku gali.
Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine | MazlindaShop | AdamJTanOfficial | ByPuji | BeeVenomMalaysia | AlphaLipidMalaysia | ByHawaOrked | BabyZoomersShoppe | NadiaSecret | ZieFauzi | NorfaNil | KhairulZamri | Annisabiz
![]() |
Halia - Petua dan Herba Kongsibersamanora. |
Herba yang aku maksudkan adalah halia. Ya, cuba pergi tengok dekat dapur anda semua, ada halia tak? Orang kita kalau masak memang banyak guna halia. Tak sedap tekak kita, tak lengkap hidangan masakan Melayu kalau tidak ada halia, betul tak?. Antara menu yang selalu dimasukkan halia adalah seperti sup, kari, rendang, tom yum dan banyak lagi.
Halia ( nama botani: Zingiber officinale Roscoe) adalah tumbuhan tripoka berasal daripada negeri China. Ada catatan penggunaan halia di China sudah bermula sejak 2000 tahun yang lalu.
Isteri aku pun memang selalu masak guna halia, jikalau habis halia dekat dapur memang aku kena kejar pergi kedai semata-mata nak beli halia. Nampak tak, bertapa pentingnya herba ini di dalam kehangatan romatika rumahtangga aku. Antara resepi berasaskan halia masakan isteri yang sangat aku suka adalah acar halia muda dan ayam masak halia. Memang sedap! kena tambah nasi dua kali.
Emak aku pula dia lebih suka makan halia muda dengan nasi, halia itu diracip halus untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi. Mula-mula aku tak suka, selepas aku cuba tiru cara emak aku makan halia sebegitu. Aku rasa sedap pula makan nasi macam emak aku buat, jika rasa kurang berselera, aku racip halia muda dan makan dengan nasi.
Jangan lupa untuk baca entri terbaru :
Khasiat Herba Halia
Memang aku suka makan halia. Halia dan kehidupan aku tak dapat dipisahkan lagi. Inilah herba yang paling rapat dengan aku dan keluarga. Apabila kita bercerita pasal herba, sudah pastinya herba tersebut ada khasiat yang bagus untuk kesihatan kita. Berikut adalah antara khasiat atau kebaikkan herba halia ini kepada tubuh badan kita:-- Ia mengurangkan kesakitan dan keradangan, sakit kepala, dan senggugut.
- Ia mempunyai kesan pemanasan dan merangsang peredaran darah.
- Ia menghalang rhinovirus, yang boleh menyebabkan selesema biasa.
- Ia menghalang bakteria seperti Salmonella, yang menyebabkan cirit-birit, dan protozoa seperti Trichomonas.
- Dalam saluran usus, ia mengurangkan angin/gas dan kekejangan yang menyakitkan.
- Ia boleh mencegah ulser perut yang disebabkan oleh ubat anti-radang, seperti aspirin dan ibuprofen.
Petua Halia dalam Perubatan Tradisional
Seperti aku sebut di awal tadi, orang Melayu suka guna halia di dalam masakan. Selain itu ada juga petua orang dulu-dulu yang menggunakan halia sebagai ubat tradisional. Cara lama biasanya halia akan dihiris atau ditumbuk. Ada juga yang merebus halia tadi untuk dapatkan air halia.Mengubati Selsema dan Asma
Petuanya adalah samaada dengan kunyah halia segar (pastikan sudah dibuang kulitnya) atau minum teh halia, atau boleh juga minum perahan jus akar halia bersama satu camca madu.Mengubati Batuk
Petuanya ialah dengan menghisap hirisan halis untuk melegakan batuk dan gatal-gatal kahak. Boleh juga amalkan minum air halia yang dicampur madu.Menghilangkan Bau Mulut
Ada masalah bau mulut, cuba petua ini. Halia dihiris dan direbus sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk dan minum. Cara lainnya, halia ditumbuk lumat, campurkan dengan air yang sudah di masak, tapis. Amalkan minum air halia pagi dan petang.Herba Halia dalam Perubatan Moden
Berikut pula adalah beberapa kajian penggunaan halia dalam merawat beberapa masalah kesihatan oleh universiti-unversiti terkemuka di Amerika. Kesemuanya memberikan laporan kajian yan positif terhadap penggunaan halia dalam perubatan.Merawat Radang usus
Didalam satu kajian oleh University of Michigan Medical School telah menjaya merumuskan Suplemen Akar Halia boleh menurangkan randang usus. Menurut pakar, radang usus boleh menyebabkan Kanser Usus. Suzanna M.Zick, ND, MPH menyatakan dengan mengurangkan radang usus maka dapatlah juga mengurangkan risiko Kanser Usus.Melegakan Sakit Otot Akibat Bersenam
Ini pula kajian yang dijalankan di University of Georgia. Hasil daripada kajiselidik yang melibatkan 74 responden, mereka merumuskan suplemen harian halia mampu mengurang sakit otot disebabkan senaman sebanyak 25%.Mengurangkan Loya yang Disebabkan oleh Kimoterapi
University of Rochester Medical Center mendapati suplemen halia yang diberikan bersama ubat anti-vomiting kimoterapi mampu mengurangkan rasa loya sebanyak 40%.Merawat Kanser Ovari
University of Michigan Comprehensive Cancer Center telah menjalankan kajian dan mendapati halia juga mampu menghalang sel kanser daripada membina rintangan untuk rawatan kanser. Kajian ini telah dibentangkan di mesyuarat tahunan Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika di Washington DC, 2006.Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

- Sup ketam penawar demam denggi
- Khasiat Teh halia melegakan stress
- Badam jus halia penawar sakit kepala
"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"