Semua Blogger Malaysia memang best ke? Aku kata ya, selagi mereka wujudkan suasana harmoni di dalam dunia blogging. Lagipun macam selalu aku dengar, Malaysia ini kecil sahaja, pusing-pusing jumpa dekat situ juga. "Best" yang aku maksudkan adalah mereka blogger yang 'sporting'.
Dalam contest SEO "Malaysia Best blog 2015". Ada 86 penyertaan rasmi contest ini semuanya yang menyenaraikan paling kurang 10 nama blog best yang menjadi pilihan. Sudah pasti semua blog yang rakan-rakan blogger senaraikan itu memang best, dan sentiasa mendapat perhatian daripada ramai pembaca setia.
Daripada 86 peserta ada 7 peserta yang masukkan blog aku dalam senarai. Ini yang buatkan aku sedikit terkejut dan tak disangka-sangka. Nama blog aku juga terselit di celahan berpuluh-puluh nama blog hebat yang lain. Sebabnya, pada pendapat aku untuk tersenarai dalam Malaysia best blog 2015 itu tak padan dengan blog aku yang cuma blog biasa-biasa, blog aku cuma blog kecil.

Blogger Malaysia Ini Memang Best
Tapi takkanlah aku nak marah pula rakan-rakan blogger lain yang senaraikan blog aku. Jadi aku gelarkan mereka ini semua sebagai "Blogger Malaysia Yang Memang Best", mereka blogger yang 'sporting'. Aku anggap ini adalah tanda sokongan mereka terhadap blog aku yang tak seberapa, terima kasih banyak kepada rakan blogger yang best ini.Baiklah tiba juga masanya untuk aku rasa syok sendiri, badan rasa ringan macam rasa terbang diawangan, buat diir aku tak mampu menahan kembang kempis lubang hidung aku. Mari kita baca apa pandangan rakan-rakan blogger ini terhadap blog aku. Ada ayat yang boleh aku tersenyum sorang-sorang.
Corak penulisan yang bersahaja oleh Blog Blogger Lelaki ini turut mendapat perhatian saya,beliau menggunakan Template Mesra SEO Dan sudah pasti ia sangat ringan dan mudah untuk di buka dan membaca setiap artikel yang di siarkan ,di tambah dengan gaya penulisan bersahaja dengan isu isu yang kena pada jiwa,maka selayaknya Blogger Lelaki ini turut tersenarai antara "Malaysia Best Blog 2015". - Oh Pilihanku
Cukup tertarik dengan pengalaman beliau yang banyak dikongsi dengan pembaca dan banyak juga teknik SEO yang dapat saya pelajari. - BelajarBlogging.com
Ini lagi blog yang saya rasa layak untuk masuk dalam Malaysia Best Blog 2015. Saya dapat lihat bagaimana rajinnya beliau sepanjang mengenalinya melalui blog mahupun laman sosial.
Beliau bukan sekadar sahabat alam maya, tetapi menjadi contoh juga kepada orang lain melalui usaha yang beliau tunjukkan. Sangat rajin. Tidak salah juga saya gelarkan beliau sebagai The Awesome One. - Mohd-Ridzwan.com (Abam Misai)
beliau sedang top duk kejar page pertama juga sedang buat eksperimen dengan contest best blog. - AbdFatah.com
HB suka blog ini kerana theme dan kelajuan yang gila-gila.Bahkan penulisannya berkisar kepada info semasa yang boleh membuka minda pembaca untuk terus membaca dan membaca.Sudah tentu HB suka membaca blog ini.Kalian pun sukakan! - HeroBorneo.com
Sebenarnya, aku pun baru tahu tentang blog ini. Teringin nak tahu siapa ownernya. Kenapa? sebab blog aku, BloggerWanita.com.. Kami KEMBAR TIDAK SEIRAS..hehehe.. Salam perkenalan dari Aya.. Blog berkaitan informasi dan tentang lelaki . Blogku lebih kepada wanita dan kesihatan. - BloggerWanita.com
Blog ini lebih terarah kepada perkembangan semasa. Blog yang menyampaikan maklumat secara ringkas dan bersahaja. Buat sesiapa sahaja yang membaca tak perlu pening pening untuk memahami apa yang diperkatakan. - Kanvas Dakwat
Terima kasih sekali kepada sahabat blogger ini semua, doa aku buat mereka ini semu agar terus maju dan berjaya di dalam apa juga pekara yang mereka usahakan di dalam hidup mereka dan teruskan usaha untuk buat blog jadi 'best'.