-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 3)

Syukur, masih ada kesempatan untuk aku sambung artikel 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP. Kali ini kita bersambung di bahagian ke-3 pula. Ada 10 lagi faktor untuk kita lihat dan bincangkan. Jika ada yang ingin menambah info dipersilakan.

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP

Jika berguna kita boleh praktikkan di dalam blog kita. Jika ianya benda mengarut cukuplah sekadar jadi bahan pengetahuan kita. Aku suka berkongsi jadi, kita boleh ambil sedikit sebanyak ilmu ini. Semoga dunia blogging Malaysia lebih best dan meriah serta bertambah bermutu.


40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP

21. SSL certificate

Secure Sockets Layer (SSL) ini lebih kepada lama web e-commerce. Faktor ini tidaklah ketara dalam meningkatkan trafik dan juga dalam penentuan ranking di SERP. Ia bertujuan untuk berikan keselamatan kepada pengguna. Jika kita perasaan laman web online banking ada guna SSL dengan urlnya "https://dot.dot.dot".


22. Bina Backlinks Secara Luarbiasa

Kadang-kala, apabila kita terdesak untuk naikkan ranking di SERP. Kita gopoh dalam mencari backlink, lebih-lebih lagi ketika kita menyertai contest SEO "Malaysia Best Blog 2015". Kita takut kita ketinggalan dibelakang persaing.

Apabila Google dapati kita membina backlink secara luar biasa, jumlah backlink ke entri baru terlalu banyak dalam masa yang singkat. Kemungkinan untuk entri kita ditendang sangat tinggi.


23. Sitemap

Sitemap tujuannya adalah untuk memudahkan Google Bot menyelinap masuk dan index isi kandungan blog kita. Walaupun begitu tiada jaminan untuk Google mengindeks kesemuanya. Dan berita baik buat pengguna platform blogger/blogspot, sebab pihak Google telah menyediakan Sitemap.xml automatik doblog anda. Tak percaya? cuba pergi link ini http://www.bloggerlelaki.com/sitemap.xml selepas itu cuba diblog anda pula.


24. Internal link

Membina pautan ke entri lama juga ada manfaatnya. Antaranya adalah dapat mengurangkan Bounce Rate, memudahkan pembaca untuk mencari entri lama yang berkaitan. Namum ia perlu dilakukan dengan stuktur yang baik agar ia memberikan kesan yang bagus.


25. Bounce rate and average time per visit

Faktor bounce rate ini sebenarnya agak besar impaknya. Sebab ia boleh memberi gambaran samaada suka atau tidak dengan blog kita. Jika bounce rate terlalu tinggi, itu bermakna, ramai yang masuk ke blog kita terus keluar tanpa pergi ke entri yang lain.

Purata masa per visit juga sama penting. Kita sebolehnya cuba kekalkan pengunjung di blog kita dalam jangka waktu yang lebih lama. Tak mustahil, jika blog kita bagus kita boleh kekalkan pengunjung bertahan lama membaca blog kita.


26. Affiliate links

Tidak menjadi kesalahan jika kita letakkan Affiliate link diblog sebenarnya. Cuma jika letak terlalu banyak link promosi affiliate yang kita sertai, Google boleh melabelkan blog kita sebagai ‘thin affiliate site’ dan mengurangkan authority blog.


27. Site Uptime

Akibat kita melakukan maintenance terhadap blog atau disebabkan server down boleh memberikan kesan kepada ranking di SERP jika kerap ia berlaku dalam jangka masa yang panjang.


28. HTML Error dan Masalah Coding

Pastikan blog tiada banyak HTML Error dan masalah Coding kerana ia juga antara faktor boleh menjejaskan ranking di SERP.


29. Penggunaan H1, H2 dan H3 tag

Walaupun Head Title tidaklah bergitu berikan impak besar kepada SEO, tetapi ramai yang suka selitkan keyword di dalamnya. Tajuk utama yang mengandungi keyword sepatutnya menggunakan H1 tag. Manakal H2 dan H3 hanya sebagai stuktur sokongan.

Di samping itu ia perlu mengikut urutan yang betul dengan H1 sebelum H2 dan kemudiannya H3. H3 tidak boleh mendahuli H2.


30. Over Optimize

Terkadangnya perkara seperti berlaku pada aku sendiri. Ketika kita tak sabar dan gopoh kita melakukan kesilapan dengan terlampau optimumkan semua benda. Tak kiaralah sama ada over optimize off-page atau on-page, sepatutnya ia dilakukan secara sederhana dan nampak natural.

Sekian dahulu perkongsian aku untuk kali ini, ada 10 lagi Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP yang akan aku kongsikan di dalam bahagian terakhir bagi melengkapkan 40 faktor yang aku sebutkan dahulu.

20. Jumlah Halaman/Entri Blog

Ia bukan sahaja soal sudah berapa banyak entri yang kita publish di blog kita. Lebih penting adalah berapa jumlah entri blog kita yang sudah di"index" oleh Google.


Sekian dahulu, untuk sesi kali ini. Tunggu entri seterusnya untuk 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP - bahagian 3 pula, jika ada kesempatan dilain waktu. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada penulisan ini.

Ikuti siri entri ini yang seterusnya:

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail