-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 4)

Sambungan daripada 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP bahagian 3. Mari kita serabutkan kepala lagi untuk membaca 10 lagi faktor SEO pula.

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP

Tak rugi kita membaca untuk dapatkan ilmu. Kalau kita tidak mahu praktik, cukuplah sekadar untuk menambah pengetahuan. Sekurang-kurangnya kita tahu serba sedikit perkara asas. Boleh dijadikan modal untuk berborak dengan makcik-makcik sebelah rumah.

Entri ini bagi aku untuk berikan pendedahan dan pengetahuan asas. Cara aku ialah, apabila kita tahu sesuatu yang asas, dan jika aku mahu mencuba aku akan carilagi info yang lebih mendalam. Contohnya, daripada entri ini aku tahu pada Backlinks penting untuk SEO. Jadi untuk lebih mendalam aku kena cari cara yang betul untuk membina Backlinks.

Lebih bagus jika kita membaca sambil membuat. sebab kita lebih mudah faham dan praktikal. Jadi ilmu kita baca tak menjadi sia-sia.

40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP

31. Image optimization

Walaupun ada yang kata image tidak banyak membantu untuk menaikkan ranking di SERP. Tapi kita masih mampu mendapat trafik daripada Google Image apabila image pada blog kita diindeks dengan baik.

Cara optimize image mudah sahaja. Namakan image dengan "keyword", Letakkan Alt Tags. Kecilkan saiz gambar. Di galakkan untuk gunakan image dalam format JPEG.


32. Broken links

Jika ada terlalu banyak broken links ia seolah memberi gambaran blog kita terabai dan boleh memberi kesan kepada SEO. Boleh semak disini - W3C Link Checker.


33. Bullets and numbered lists

Amalkan selalu unutk menulis artikel yang tersusun dan teratur. Agar ia mudah difahami dan mesra pembaca.


34. Breadcrumb dan kategori

Pastikan setiap entri anda dimuatkan ke dalam kategori yang tepat dan berkaitan. Pastikan juga navigasi blog anda lancar dengan Breadcrumb. Ianya lebih mesra pembaca. Malah Breadcrumb yang bagus akan diindeks di SERP.


35. Sejarah Domain

Pastikan apabila anda hendak membeli domain baru, anda semak terlebih dahulu analisa backlinks, seta pastikan domain tersebut tak pernah dikenakan penalti.


36.  Each match domains

Jika beberapa tahun lepas, ramai orang memburu untuk dapatkan nama domain yang sama dengan kata kunci. Kerna ia berguna untuk mendapat kedudukan terbaik di SERP. 

Tapi kini ianya telah berubah. Jadi jangan serabut atau terburu-buru unutk beli domain sama dengan keyword. Carilah nama domain yang bagus untuk penjenamaan.


37. Tatabahasa dan ejaan

Amalkan selalu untuk menulis artikel dengan penggunaan tatabahasa dan ejaan yang betul. Jika artikel santai tak mengapa. Tetapi jika kita mahu artikel itu munucl di SERP adalah bagus jika kita menulis dengan cara yang betul. Elakkan mengeja dengan perkataan singkatan.


38. “Contact us” and “About us” pages

Buat satu page khas untuk pembaca mengenali dan menhubungi penulis. Dan ianya juga lebih disukai oleh google, dan senang mendapat authority. Ada juga blogger berikan tips supaya diletakkan badge Google Plus.


39. Usia Domain

Ada yang cakap usia domain unutk matang adalah dalam jangkamasa 6 bulan. Jadi kepada blogger baru kena bersabar tunggu sehingga habis pantang. Barulah boleh lihat hasilnya. Aku sendiri pun seperti ingin mengiakan pasal usia Domain ini. Sebab selepas setahun, domain aku lebih mantap untuk bersaing di SERP. Namum unutk bersaing dengan domain yang lebih lama, masih agak sukar sedikit.


40. Mobile-Friendly

Tahun ini dengan khabarnya pihak Google akan mengutamakan pengalaman pengguna melayari web di peranti mudah alih (mobile). Menjelang April keputusan SERP di tetefon mudah alih mulai memaparkan samaada laman web itu mobile-frienly atau tidak. April ini kita akan menyaksikan bertapa penting mobile-friendly untuk blog dalam penentuan kedudukan di SERP.


Sekian, tamat sudah 40 faktor penting untuk ranking tinggi di SERP, semoga semua yang membaca mendapat manfaat. Jika ada terkurang boleh kongsikan bersama dibawah.


20. Jumlah Halaman/Entri Blog

Ia bukan sahaja soal sudah berapa banyak entri yang kita publish di blog kita. Lebih penting adalah berapa jumlah entri blog kita yang sudah di"index" oleh Google.


Sekian dahulu, untuk sesi kali ini. Tunggu entri seterusnya untuk 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP - bahagian 3 pula, jika ada kesempatan dilain waktu. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada penulisan ini.

Ikuti siri entri ini yang seterusnya:

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail