-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tips Mendidik Anak Perempuan

Rasa tak seronok apabila aku hanya bercerita pasal Tips Mendidik Anak Lelaki, habis tu anak perempuan nak letak mana? Jadi aku paksa diri aku untuk menulis Tips Mendidik Anak Perempuan pula. Lagipun anak sulung aku adalah perempuan.

Pernah kita dengar orang duk cakap "Jaga lembu sekandang lebih senang dari nak jaga anak dara seorang". Bunyinya macam teruk nak jaga anak perempuan, ya memang teruk jika ibubapa salah ajaran diperingkat awal, ketika anak masih kecil.

Memang jelas sifat antara lelaki dan perempuan jauh berbeza, jadi pendekatan untuk mendidik mereka juga berbeza, sesuai dengan jantina mereka. Cuma kasih sayang itu perlu dibahagikan secara adil tak mengira jantina anak kita.

Tips Mendidik Anak Perempuan


Tips Mendidik Anak Perempuan

Anak perempuan selalunya manja, dan seperti anak aku sendiri, dia begitu rapat dengan aku berbanding isteri aku. Sealu dia buat muka comel bila kita nak marah dia, risau juga takut bila dia besar jadi terlampau manja pula.


1. Didik dan ajar anak perempuan kita agar menutup aurat dari sejak kecil, jelas dengan tepat kenapa mereka perlu menutup aurat.

2. Beri galakkan untuk anak perempuan menolong ibu buat kerja rumah, biar mereka tidak rasa kekok untuk buat kerja-kerja rumah. Kalau ada kesempatan selalulah bawa anak perempaun ikut pergi rewang di kenduri untuk menolong orang lain memasak, supaya mereka tidak kekok untuk bercampur dalam masyarakat nanti.

3. Ajar mereka untuk sentiasa bersopan santun dan berlemah lembut.

4. Ajarkan mereka ilmu tentang haids, cara mandi wajib, nifas, pendek kata hal-hal perempuan apabila mereka sudah akil baligh, selalunya biarlah kaum ibu yang galas tugas ini lebih senang.

5. Anak perempuan juga kena berikan galakkan untuk pandai memasak, biarlah mereka tahu mengruskan hal rumahtangga. Memang betul zaman sekarang sudah ramai perempuan yang bekerja, tetapi perlu reti juga untuk memasak atau mengemas rumah.


Mungkin ada yang akan fikir cara mendidik anak yang aku kongsikan ini seperti sedikit konservatif, "cara lama bro". Tapi aku membesar dengan cara begini, jika ada pendapat lain boleh kita kongsi bersama.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail