Pada satu pagi jumaat, aku tiba di Stesen bas Kota Bharu. Waktu aku tiba itu kalau tak silap dalam pukul 3 atau 4 pagi. Tapi disebabkan aku malas naik Teksi atau orang Kelantan panggil sebagai 'Kereta Sewa/Kereta Tambang', jadi aku paksa diri untuk tunggu bas lompat selepas subuh nanti.
Sementara menanti fajar menyinsing. Jadi aku rasa lebih baik aku tidur terlebih dahulu di bangku menunggu. Tapi tidak seperti aku harapkan, kaki aku menjadi umpan kepada nyamuk yang meliar dahagakan darah manis aku - masa itu aku belum berkahwin lagi.
Jadi aku tak boleh tidur. Aku berjalan pusing-pusing keliling bangunan stesen bas tadi, nak lari dari nyamuk tadi. Sambil itu aku perhatikan gelagat beberapa pemandu teksi yang galak mengumpan setiap orang yang baru tiba dengan bas. Ada bermacam kerenah.
Ada seorang pak cik, dari tadi perhatikan dia. Duduk sendirian. Berdekatan dengan bangku aku tidur tadi, selepas aku kembali ke bangku itu, pak cik itu masih ada disitu.
Aku cuba tidur sekali lagi. Mata hampir terlelap, tapi dugaan nyamuk yang berpuluh ekor itu memang tak terdaya aku nak melawan. Aku bangun dan duduk termenung. Resah gelisah aku dibuatnya, rasa geram pun ada dekat nyamuk-nyamuk ini semua.
Tiba-tiba, Pakcik itu datang dekat kepada aku dan menegur aku. Dia hulurkan salam, wajib bagi aku menyambut dengan tertib. Banyak sembang juga pak cik ini. Dia datang dari Kuantan, tapi memang dia asal dari Kelantan, cuma sudah lama dia berhijrah dan beranak pinak di Pahang.
Dia cakap setiap pagi jumaat, kalau tiada aral melintang, dia akan usahakan juga untuk naik bas pukul 10 malam dan datang ke Kota Bharu. Dia seorang peniaga, jadi pada hari jumaat dia akan tutup kedai. Dan dia akan naik bas pulang ke Kuantan pada sebelah petang jumaat.
Tak sampai sehari dia bersusah payah datang ke Kota Bharu dari Kuantan, berbaloikah?
Kenapa?
Kalau anda biasa pergi ke bandar Kota Bharu di pagi jumaat, walaupun sekadar duduk di stesen bas Kota Bharu. Anda akan dapat mendengar ceramah yang di sampaikan live dari Medan Ilmu. Dan jika ada rezeki ceramah akan disampaikan sendiri oleh allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Kini tokoh hebat ini sudah kembali menemui tuhan.
Kini legasi kuliah pagi di Medan Ilmu di sambung pula oleh Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob - Menteri Besar Kelantan. Dan semoga legasi ini akan berkekalan di bumi Kota Bharu. Legasi ilmu agar mekar hingga ke anak cucu.