-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Rezeki Itu Bukan Sahaja Milik Kita

Aku tahu skop rezeki itu cukup luas, pada aku rezeki itu meliputi apa sahaja nikmat yang dapat aku rasai diatas muka bumi ini. Namum orang kita suka tafsirkan istilah rezeki dalam bentuk tunai, wang ringgit. Jadi hari ini mari kita bersembang pasal rezeki dalam bentuk wang ringgit.

rezeki

Kita turun awal pagi, selepas subuh, seiringan sang burung. Niat untuk mencari rezeki untuk menyara nafkah keluarga. Kita cari rezeki bukan diri kita sahaja, tapi kita cari rezeki untuk insan lain juga. Kita cuma diberikan amanah untuk menguruskan rezeki tersebut untuk diagihkan mengikut keperluan, mungkin ada sedikit bahagian untuk diri kita sendiri juga.


Rezeki Yang Tak Disangka

Sungguh luarbiasa kuasa rezeki, adakalanya ia datang dengan tidak kita sangka. Rezeki itu datang diluar jangkaan fikiran minda kita. Bak kata orang "kalau dah rezeki takkan kemana". Ada juga orang sebut ini "rezeki terpijak".

Jika memang sudah tertulis itu rezeki kita, tiada sebutir halangan sebesar zarah pun mampu menghalang rezeki itu jatuh keribaan kita. Namum terima rezeki itu dengan penuh rasa syukur, dan ingat darimana datangnya rezeki itu.


Rezeki Yang Halal

Sebagai orang Islam, kita dtuntut untuk mengumpul rezeki yang halal. Sumber rezeki itu kita perlu tahu usulnya daripada mana, bukan dari sumber yang meragukan, apaah lagi jika ianya dari sumber yang haram.

Lagipun rezeki yang kita dapat bukan unutk diri kita sahaja, tapi untuk diberi makan kepada anak isteri, jika sudah berkeluarga. Takkanlah kita mahu isi darah daging kita dengan unsur yang haram ini. Apa kesanya kelak?


Rezeki Untuk Dikongsi

Seperti dari awal aku sebut, rezeki yang kita cari dan kumpul, bukan milik kita sepenuhnya. Cuba kira semula setiap bulan kita dapat gaji, berapa peratus duit kita itu menjadi hak milik kita. Kita ken belanja duit itu untuk ditukarkan dalam bentuk barangan, bil, minyak dan pelbagai lagi jenis perbelanjaan.

Jadi rezeki yang kita dapat sudah beralih tangan kepada peniaga tadi. Inilah kitaran rezeki. Jika kita cermat, ada sedikit duit kita yang sempat kita simpan untuk bekal dimasa sesak nanti.


Rezeki Yang Dimiliki Oleh Kita Yang Sebenar

Apabila kita berjaya mencari dan mengumpul rezeki dalam bentuk harta atau wang ringgit. Adakah ia benar-benar sudah menjadi milik kita? Sebab itu ada ayta kasar yang selalu orang sebut "ada duit banyak pun bukan bolah bawa masuk kubur". Jadi sia-sialah hasil usaha kita selama didunia, duit yang banyak, sekian lama mengumpul harta, akhirnya semua harta kita dibelanjakan oleh orang lain.

Masih lagi aku teringat ayat Ustaz Ismail Kamus....

"Sebenarnya duit yang kita derma itulah (bahagian) kita punya, yang simpan dalam poket itu belum tentu lagi...Dalam poket ni boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yang mestinya waris punya..Kita punya yang mana? Yang kita sedekah itulah kita punya"


Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail