-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru

Salah satu kemeriahan dunia blogging adalah contest. Ada banyak contest yang sering dianjurkan oleh blogger. Hadiah yang ditawarkan pula memang cukup lumayan, ada wang tunai, gadget, pakej percutian, t-shirt dan bermacam-macam lagi. Jadi apa kelebihannya menyertai contest bagi blogger baru? Adakah untuk menang hadiah semata-mata?

contest

Dalam banyak-banyak contest, pada kau yang paling mencabar dan mengerunkan adalah contest SEO, seperti yang aku turut serta sekarang ini iaitu contest SEO 'Jom Aktifkan Mykad', 'Malaysia Best Blog 2015' serta 'Contest Review Lynk.my 2015'.

Sebelum-sebelum ini pun aku sudah ada sertai contest SEO yang lain. Malah ada yang aku sertai ketika awal-awal aku buat blog ini. Pada waktu itu aku baru nak belajar tentang SEO dan pasal buat blog. Pada waktu itu aku hanya sertai untuk suka-suka dan mencabar diri sendiri.

Tak lupa juga antara contest SEO terbesar aku sertai adalah contest anjuran AkmaOmar.com - Contest Bonus Akhir Tahun 2014. Aku berjaya menduduki tempat ketiga. Satu contest yang mencabar juga. Aku terpaksa bersaing dengan blogger-blogger hebat dan yang sudah lama buat blog. Ini semua pengalaman buat aku dan juga peluang aku untuk pelajari ilmu yang baru.

Aku ada baca entri yang di tulis di blog CoretanAnuar.com berkenaan '7 Kelebihan Menyertai Contest SEO'. Aku malas nak huraikan panjang-panjang, anda boleh pergi baca sendiri di blog saudara kita ini.

Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru

Aku cuma ingin berikan point-point penting yang telah dikongsikan oleh beliau, dan aku memang galakkan kepada blogger baru supaya turut serta dan jangan segan untuk sertai contest-contest seperti ini, memang ada manfaatnya.

1. Dapat memperkenalkan blog kita kepada rakan-rakan blogger yang lain.
2. Dapat meningkatkan trafik blog kita melalui entri contest SEO.
3. Dapat menarik minat blogger-blogger otai @ Retis untuk membaca blog kita.
4. Mendapatkan Backlink PERCUMA daripada penganjur dan rakan peserta.
5. Dapat menguji tahap kemampuan SEO Blog anda
6. Dapat mempelajari teknik penulisan entri yang mesra SEO daripada para peserta yang lain
7. Berpeluang memenangi Hadiah yang disediakan


Bukan sahaja contest SEO, blogger baru juga boleh sertai sebarang Giveaway, Segmen dan bermacam contest lain. Ini juga adalah salah satu cara untuk kita blogger baru mempromosikan blog kita kepada rakan blogger yang lain, lebih-lebih lagi jika kita terpilih sebagai pemenang.

Memang semua orang yang sertai contest ingin menang hadiah, tetapi anggap kita bersaing sambil menimba ilmu dan menambahkan lagi kenalan di kalangan blogger.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail