Aktiviti rutin harian aku, bangun pagi-pagi selepas tunaikan yang wajib. Aku habiskan masa 1 jam untuk sampai ke tempat kerja. Jadi kiranya pergi balik aku habiskan 2 jam aku diatas jalanraya.
24 jam - 2 jam = 22 jam
Aku bekerja waktu normal. 'Punch Card' pukul 8 pagi balik pukul 5 petang. Pusing situ pusing sini, pandang kanan pandang kiri..bla..bla..bla.... Punch Card Out! Aku telah habis masa sebanyak 9 jam di pejabat.
Sampai rumah dah jam 6 petang. Memandu kereta jauh-jauh setiap hari kadang kala memang memenatkan. Anak bila tengok ayah dia balik, terus nak ajak main. Sambil-sambil berehat aku melayan kerenah anak aku yang ligat bermain.22 jam - 9 jam = 13 jam

Berkisar 6 jam yang berbaki, aku kena bahagi masa tersebut untuk keluarga, jiran sebelah rumah, blog dan kerja sampingan. Nak bahagi samarata bagi adil memang susah. Memang tak terdaya buat aku. Tapi kebiasaannya ku memang akan habiskan masa melayan kerenah anak aku, sampailah dia tidur.
Selagi anak aku tak tidur memang aku tak boleh buat kerja, ada je dia ajak nak main bola la, nak main gusti la, nak main masak-masak la, naik pening jug aku nak melayan anak perempuan aku nie.
Adakalanya aku terpaksa korbankan waktu tidur untuk sambung buat kerja-kerja sampingan yang lain. Penat itu tolak tepi, fikirkan habuannya. Dalam pada masa yang sama aku tak mahu abaikan anak aku.
Hujung minggu, aku ada cuti 2 hari setiap minggu, itulah aku rasa waktu terbaik untuk habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Memang kita ada banyak benda yang hendak dikejar, tapi ada perkara yang tak boleh dibeli dengan duit.