-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

BoBoiBoy: The Movie Official Teaser

Siapa yang minat siri kartun Boboiboy? Sila angkat tangan. Mesti ada yang cakap dah tua-tua pun masih tengok kartun, tetapi inilah lelaki. Kini aku sudah ada anak dan layan kartun dengan anak. Kalau bukan disebabkan anak aku mungkin aku tak tengok siri kartun animasi terbaik dari Malaysia ini.

Boboiboy: The Movie

Aku rasa ramai lagi lelaki yang membesar di zaman 80-an hingga 90-an yang memang peminat tegar siri kartun dan animasi. Kalau siri kartun dari barat aku minat Superman, Spiderman, Batman, X-Men , GI-Joe, Thundercats dan bermacam lagi siri kartun superheros yang lain. Disamping itu bersaing hebat juga siri kartun animasi daripada Jepun pula sperti Doraemon, Shin Chan, Dragon Ball, One Piece, Bleach, Naruto, Rurouni Kenshin, GTO, School Rumble dan banyak lagilah animasi Jepun yang memang syok untuk dilayan.

Namum tidak ketinggalan juga animasi dari Malaysia antara yang aku masih ingat adalah Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek, Kampung Boy, Keluang Man dan Yokies. Inilah kartun animasi legend dizaman aku dulu. Memang ada banyak juga animasi yang diterbitkan oleh anak tempatan, dan yang terkini, terhangat dipasaran adalah Upin & Ipin dan Boboiboy.

Tak kurang hebat juga ada animasi Malaysia yang berjaya dibawa ke layar perak seperti Silat Lagenda, Putih, Geng: Pengembaraan Bermula, Bola Kampung The Movie dan Ribbit. Kini Boboiboy pula akan muncul di layar perak. Pastinya menarik kerana kini aku sudah minat dengan siri animasi Boboiboy ini, itupun sejak anak aku selalu ajak aku layan kartun ini, tak cukup di televisyen sambung dekat youtube pula.

Apa-apa pun jom layan teaser terkini untuk filem Boboiboy: The Movie. Jika ingin dapatkan info terkini pasal filem animasi terbaru ini oleh layari www.boboiboymovie.com


Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail