-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apabila Hak Siaran Bola Kembali Kepada Rakyat

Liga Malaysia 2015 sudah bermula. Ramai orang cakap tahun ini adalah antara tahun yang paling meriah dalam liga  bolasepak Malaysia. Tetapi tiba-tiba jadi sedikit hambar dengan isu hak penyiaran siaran langsung.

tengok bola


Tahun ini tiada lagi siaran perlawanan bola sepak Liga M di channel Astro Arena. Hak penyiaran telah diberikan kepada Media Prima (TV3,TV9) dan RTM. Jadi kini siaran Liga M sudah boleh ditonton secara percuma, siaran bola sudah dikembalikan kepada rakyat.

Lesen hak penyiaran pada tahun ini sebenarnya telah dibeli oleh MP & Silva dengan tajaan yang cukup besar. Agensi media antarabangsa ini telah memilih Media Prima dan RTM sebagai penyiar rasmi Liga M 2015.

Rata-rata peminat bolasepak melatah di media sosial pasal isu ini. Kalau nak dilayan kerenah 'pahlawan papan kekunci' memang terlayan aku. Masing-masing ada pendapat sendiri, yang tak boleh ditegur pun ramai, tak reti nak mengaku kalah.

Apabila Hak Siaran Bola Kembali Kepada Rakyat


Mari kita lihat dahulu dari sudut positif apabila hak siaran bola sepak dikembalikan kepada rakyat.

1. Ianya percuma, tak perlu pasang piring Astro kalau nak tengok perlawanan bolasepak Liga M. Cukup sekadar ada antenna tulang ikan dan bosster.

2. Tiada gangguan siaran ketika hujan atau cuaca buruk. Tapi kalau tengok TV3 di channel 103 melalui Astro, tetap tak boleh tengok juga siaran.

3. Tak perlu lagi nak pergi lepak di kedai Mamak semata-mata nak tengok bola.

4. Siaran sudah pastinya lebih meluas, setiap rumah yang ada televisyen dan antenna sudah pasti boleh tengok bola, selagi ada liputan.

5. Andai kata tak ada televisyen. Boleh tengok bola secara online secara halal. Sebab Ada live streaming di laman Tonton.com.my. Adakah ini zaman kejatuhan laman live streaming..hehehe




Baiklah sekarang kita lihat pula dari sudut negatif. Apa yang peminat rugi apabila Astro bukan lagi penyiar rasmi Liga M 2015.

1. Tiada lagi siaran bola sepak HD, gambar berkualiti. Sudah 3 siaran langsung yang disiarkan setakat ini, secara peribadi aku kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang agak suram, tidak 'sharp', malah adakalanya silau dan menyakitkan mata. Memang menganggu tumpuan untuk menonton perlawanan bola.

2. Tiada lagi preview sebelum perlawanan. Jika di Astro Arena sebelum ini ada preview sebelum perlawanan yang bermula jam 8. Tapi jika di Media Prima dan RTM, jam 8 adalah waktu siaran berita.

3. Pengulas dan gaya ulasan yang kurang menarik, sudah 3 kali aku lihat siaran langsung musim ini. Semuanya buat aku rasa nak 'mute' speaker televisyen aku. Aku berharap sangat RTM dan Media Prima pertimbangkan untuk mencari pengulas yang lebih professional dan mampu membawa kemeriahan apabila menonton perlawanan bola.

4. Mungkin agak sukar untuk menonton siaran ulangan perlawanan. Kepada yang terlepas menyaksikan perlawanan nasiblah, kalau ada pun mungkin di siaran RTM.

5. Berkemungkinan ada siaran tertunda atau terpaksa memberi laluan kepada siaran acara rasmi kerajaan, apabila ada ucapan pak menteri dan sebagainya. Ini biasa berlaku di siaran RTM, siaran perlawanan bola terpaksa ditunda dan ditayangkan lewat malam atau dibatalkan.


liga super malaysia


Dalam cita-cita FAM ingin swastakan Liga M, aku rasa isu seperti hak penyiaran juga perlu diambil berat. Sebab kita tahu jika liga professional di luar negara siaran televisyen juga dalah sala satu sumber pendapatan pasukan bertanding.

Bagi pihak yang mendapat hak penyiaran pula, janganlah abaikan kualiti. Kita tahu ini adalah siaran percuma, tetapi rakyat juga berhak mendapat siaran yang berkualiti.

Kepada RTM aku rasa boleh rombak semula saluran TVi supaya menjadi saluran sukan dan hiburan. Sekarang ini pun aku rasa saluran tersebut 'hidup segan mati tak mahu', jika di selitkan siaran perlawanan bola di saluran itu pasti akan menghidupkan rating di saluran TVi.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail