-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tips Mendidik Anak Lelaki

Jom kita sembang-sembang sikit pasal cara atau tips mendidik anak lelaki. Sebagai ibubapa memang menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik dan membentuk anak kita. Tambahan pula dunia zaman sekarang peranan ibubapa mendidik anak lebih mencabar.

Tips Mendidik Anak Lelaki


Jika tersilap langkah, padah menanti. Bak kata perpatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sejak dari kecil lagi kita perlu corakkan batik yang indah pada diri anak kita.

Jadi terpulang kepada kita untuk lakarkan corak yang macam mana pada anak kita, samaada yang penuh warna warni dengan corak motif awang larat, supaya sejuk mata memandang, agar sejuk perut ibu mengandung 9 bulan.

Tips Mendidik Anak Lelaki

Di dalam Islam sebenarnya, cara mendidik anak begitu indah dan bukan dengan menggunakan rotan semata-mata. Hukuman rotan itu hanya jalan terakhir, cara Islam ialah dengan unsur melatih, ajar dan nasihat serta penuh kasih sayang. Jadi sila gantung rotan anda di dinding terlebih dahulu.


1. Latih anak lelaki anda untuk menjadi imam solat berjemaah - sebagai permulaan anda perlu selalu solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga, sambil-sambil itu sentiasa berpesan kepada anak lelaki anda supaya dia perlu jadi imam solat berjemaah bersama adik beradik kelak.

2. Selalu bawa anak ke masjid, biar anak kita dekat dengan masjid. Biar dia tidak rasa kekok, malah rasa gembira untuk pergi ke masjid.

3. Ajar anak buat kerja lasak, banyakkan aktiviti luar dan jangan takut unutk berpanas dibawah matahari terik - Disekolah boleh galakkan dia untuk sertai aktiviti sukan, unit beruniform dan sebagainya. Dirumah pula, boleh ajak buat aktiviti bersuakn dihujung minggu, kalau aku semasa kecil selalu kena ikut ayah aku pergi kebun.

Tips Mendidik Anak Lelaki

4. Terapkan sifat kepimpinan di dalam diri anak lelaki. Biar mereka ada rasa tanggungjawab. Sebagai contoh kita boleh suruh anak lelaki kita tengok-tengokkan adik beradik di sekolah.

5. Sebagai ibubapa kita perlu letakkan kepercayaan kepada anak kita, biar mereka mencuba untuk hidup berdikari dan berani membuat keputusan yang tepat.

6. Ajar ilmu kemahiran hidup. Ini perlu sebab seorang lelaki perlu tahu buat kerja-kerja asas seperti membaiki paip, bertukang kayu, mesin rumput atau menebas semak. Jika anda juga mahir boleh diajar membaiki peralatan elektrik atau membaiki basikal / motorsikal.

7. Selalu ajak dan galakkan anak lelaki untuk ikut serta aktiviti gotong royong. Ini bagi mengajar dia erti hidup bermasyarakat.


 Jadi apa pula pendapat dan pandangan anda atau cara yang anda lakukan dalam mendidik anak, terutamanya anak lelaki, boleh kongsikan bersama didalam komen dibawah.

Dan anda juga boleh baca entri saya pasal Tips Mendidik Anak Perempuan.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail