-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tips Buat Blogger Baru

Walaupun tajuknya aku tulis 'Tips Buat Blogger Baru'. Tapi sebenarnya aku tulis entri ini saja-saja nak berkongsikan cerita dan pendapat. Jikalau ia berguna mungkin boleh dijadikan teladan buat mereka yang baru nak mengenali dunia blogging.

Tips Buat Blogger Baru


Aku bukanlah pakar sangat dalam dunia blogging ini, masih newbie, kalau diibaratkan lada aku umpama lada yang masih hijau muda, kecil kemetot tue, kalau gigit pun belum rasa pedas lagi.

Sekarang ramai sudah blogger yang menjana duit melalui blog. Jadi rugi rasanya jika kita sudah ada blog tapi masih samar-samar apa yang perlu dilakukan dengan blog kita untuk maju kehadapan.

Jika mahu berjaya kita tak boleh berada ditakuk yang lama, mulakan langkah pertama untuk terus berjaya dan seterusnya mungkin anda bakal menjadi blog hebat setaraf dengan 'Malaysia Best Blog 2015'.

Tampil Dengan Idea Baru

Di Malaysia sahaja, sudah ada beribu blog, memang teruk juga nak bersaingan dengan blog yang sudah lama bertapak. Lebih-lebih lagi blogger lama memang sudah ada pengaruh mereka tersendiri.

Jadi sebagai blogger baru, anda perlu tampil dengan idea baru, idea yang segar dari ladang. Lagipun orang akan lebih suka jika kita hasilkan satu idea baru yang bernas.

Macam lada tadi la, pedas barulah ada 'kick!'.

Cari kelainan berbanding blog lain. Walaupun mungkin anda buat blog 'niche' yang sama, tapi cuba kreatif sikit, pecahkan kepala fikirkan apa kelainan yang ingin anda bawa.

Sebagai contoh anda mahu buat blog pasal sukan bolasepak, dan sudah ada banyak blog yang menulis pasal bolasepak. Anda perlu cari kekurangan yang ada blog persaingan, dan anda tawarkan apa yang tak ada pada blog persaing di dalam blog anda.

Jadi untuk anda bersaing, anda perlu maju kehadapan atau setara dengan blog yang sedia ada. Supaya blog anda boleh pergi jauh.

Tapi ingat pastikan anda cari idea baru yang bernas, jangan cari idea baru yang merosakkan.

Strategi Lautan Biru

Jarang aku dengar blogger guna ayat ini, Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dalam buat blog. Faham ke tak faham? Blue Ocean Strategy - sebuah buku yang ditulis oleh W. Chan Kim and Renée Mauborgne.

Strategi Lautan Biru ini dalam bahasa ringkasnya adalah mencipta pasaran baru yang tiada pesaing. Lawan kepada Lautan Biru adalah Lautan Merah, yang mana ianya lautan yang telah tepu, padat dan begitu banyak persaingan.

Dalm dunia blogging, lebih kurang juga dengan cari idea baru, tapi melalui strategi ini kita membuat kajian yang lebih mendalam terhadap idea kita.

Baiklah, aku berikan sedikit 'point' konsep Strategi Lautan Biru ini untuk blogging.
1. Cari satu idea yang belum diketahui ramai orang.
2. Cari peluang yang belum ada ramai pesaing.
3. Anda mencipta 'permintaan', bukan anda merebut permintaan.
4. Cuba menaik perhatian pembaca baru.
5. Melakukan inovasi terkini.

Nampak susah kan? abis tue siapa cakap nak berjaya itu senang. Tapi tak mustahil, jika kita ada usaha. Nak buat sesuatu yang gempak dan hebat, kita perlu ada idea yang terlampau hebat.

Tips Buat Blogger Baru

Buru Matlamat Capai Kejayaan

Aku ada satu teka-teki. Dalam hidup kita, apa yang kita pandang dan apa yang orang lain pandang? Cer teka, cer teka.

3...2....1...Masa dah tamat.

Jawapan aku ialah orang lain akan pandang pada kejayaan kita. Manakala kita pula memandang pada matlamat kita. Kalau setuju dengan jawapan aku sila anggukkan kepala.

Aku lihat perkara ini daripada kehidupan aku sendiri. Orang lain tidak tahu apa matlamat hidup kita, apa yang kita ingin capai dalam hidup kita. Tapi mereka akan pandang kita, dengan penilaian setakat mana kejayaan kita.

Jadi jangan dengar cakap orang lain, buru matlamat diri kita sendiri. Jika kita sudah berjaya capai matlamat kita, itu adalah satu kejayaan buat diri kita. Prinsip aku adalah kita tak perlu dengar penilaian orang lain tentang diri kita, jika dia tak kenal rapat atau tahu pasal diri kita.

Kepada blogger baru, sila tetapkan matlamat anda, apa yang ingin anda capai dengan blog anda. Nasihat aku, jangan letakkan matlamat yang terlalu tinggi, sehinggakan diluar kemampuan. Kita yang nak buat jadi kita tahulah sejauh mana kita boleh buat.

Cara aku letakkan matlamat pula, biarlah ia melebihi sedikit kemampuan aku sendiri, biar aku dapat belajar sesuatu yang baru.

Rumusan

Rasanya sudah agak panjang lebar aku membebel. Aku tulis dengan harapan orang yang membaca faham, kalau tak faham jangan segan nak bertanya kepada blogger otai. Ada ramai blogger yang hebat yang tak lokek ilmu.

Yang penting kita kena sentiasa belajar, dan tak mengharapkan ilmu datang dengan sendiri. Nak berjaya buat blog sebenarnya ada banyak aspek yang kita perlu belajar dan mahir, bukan sekadar menulis atau 'copy-paste' semata-mata.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail