Aku bukan nak mengarang semula cerita rakyat atau bukan juga nak menghikayat ceritera moden Pak Luncai. Izinkan aku berkongsi sedikit bercerita al-kisah seorang teman.
Dia seorang yang sentiasa bersemangat, jiwa dia berkobar-kobar. Ada sahaja perkara yang ingin dia lakukan. Kini dia giat menulis artikel, impiannya tak lain agar artikel hasil penulisan dia terbit di majalah atau paling tidak di ruanga akbar.
Bukan aku nak jatuhkan semanagt dia, dan bukan niat aku juga nak putuskan harapan dia. Tapi aku dan dia sentiasa berselisih pendapat dalam beberapa perkara. Ya, memang benar dia begitu banyak membaca. Aku akui dia lebih banyak membaca daripada aku. Entah sudah berapa ratus buah buku yang dia sudah baca dan khatam.
Apabila dia nyatakan hasrat untuk menulis sebuah buku, aku sambut dengan berikan galakkan. Sebab dia sendiri cakap dia ada kenal seorang yang kenal dengan penerbit buku. Idea dia sudah cukup bagus. Ada cita-cita yang lebih tinggi daripada aku. Aku cuma menulis di blog entah apa-apa ini.
Soal dia nak tulis buku memang tak ada masalah. Sebab itu hasil karangan dia sendiri. Siap sahaja buku itu dia tulis, dia buat satu salinan kepada aku untuk dibaca. Hasil penulisan dia memang lebih bagus daripada aku, terbaik. Pada aku yang agak tak hebat dengan bidang sejarah, apabila membaca penulisan dia, buat aku rasa kagum ada teman seperti dia.
Jadi aku nasihatkan dia supaya berikan satu naskah kepada orang yang lebih pakar. Lalu dierikan satu salinan lagi kepada seorang yang memang belajar bidang sejarah di UM dan pernah menjadi editor disebuah syarikat penerbitan buku, Orang itu tak baca bersungguh, dia letak atas meja dan cakap semua ini sampah.
Kawan aku tidak cepat melatah. Dia cuba berbahas dan nyatakan pendapat dia. Aku cuma diam, sebab aku tak reti sangat dalam bab ini. Kawan aku pertahan penulisan beliau, rujukan dia daripada beberapa buah buku dan dia hasilkan sebuah buku dengan mengabung beberapa pentunjuk daripada buku yang lain. Manakala seorang bekas editor tadi pertahankan pendapat dia sebagai pelajar sejarah, dia cakap penulisan pasal sejarah perlukan bukti dan sumber yang tepat.
Selepas itu soal buku penerbitan buku itu senyap, terkubur barangkali selepas di tolak mentah-mentah. Kini dia lebih kepada menulis artikel-artikel berkenaan sejarah. Dan juga salah seorang 'Pahlawan Papan Kekunci' tegar. Dia memang bagus dana berikan pendapat, tetapi sukar untuk terima pendapat orang lain. Bagi aku disitu kesilapan dia.
Jika kita boleh berikan pendapat, kita kena sedia terima pendapat orang lain. Dan kita kena sedia untuk menerima kritikan atau kutukan terhadap pendapat kita. Jangan jadi 'Pahlawan Papan Kekunci' yang beremosi dan tak boleh ditegur langsung. Bukan selalu pendapat kita itu sentiasa benar.
Mana cerita Pak Luncainya? itu cuma tajuk dan cerita aku pun dah nak tamat. Kawan aku pula sekarang sedang sibuk nak buat ebook. Aku malas nak campur, biarkan dia dengan papan kekuncinya.