-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Salam Tahun Baru 2015

Salam tahun baru 2015, rasa lain macam pula apabila menulis di tahun baru ini. Jadi apa yang berubah apabila masuk tahun baru, apa yang betukar jadi baru?

Yang pasti usia sudah meningkat satu anak tangga lagi, maknanya lingkaran umur kita pun juga sudah semakin singkat. Jadi kena tingkatkan lagi usaha mencari bekal untuk kehidupan kekal abadi nanti.

Masuk sahaja tahun baru, maknanya kita telah masuk ke sesi yang baru. Sebab itu setiap kali masuk tahun baru, orang akan sibuk bercerita pasal azam tahun baru.

Mereka yang ada azam ini, ialah mereka yang ingin melihat tahap kehidupan mereka lebih baik berbanding tahun yang lepas.

Mereka ingin capai sesuatu yang bagi mereka ini adalah satu kejayaan dalam hidup mereka, sesuatu yang boleh mereka banggakan.

Tapi, ada juga yang berazam ingin sambung azam tahun lepas yang masih belum tercapai. Selagi tak tercapai mereka akan terus berusaha, tetapi kena lihat juga sejauh mana usaha kita untuk capai azam tahun lepas, ada buat ke tidak,

Atau, sekadar tulis azam dekat sekeping kertas dan tampal dekat dinding, Lepas tu tunggu bulan jatuh ke riba.

Tak kena la azam macam tu 'brader'.

Salam Tahun Baru 2015

Kalendar Kuda Ayah Aku

Kalendar kuda ni aku rasa yang paling legend, antara kalendar yang sentiasa tergantung di dinding rumah aku.

Tapi, semasa ayah aku masih aktif menjadi tukang rumah. Ada dua kalendar kuda di rumah aku.

Satu untuk kegunaan seisi keluarga, dan satu lagi khas untuk ayah aku.

Sebab?

Kalendar kuda bagi ayah adalah seumpama 'gant chart'. Untuk memudahkan dia merancang dan mengatur jadual kerja dia. Siapa ada tarikh mula, ada tarikh siap serta serba sedikit penerangan berkenaan kerja dia.


Ya, ayah aku seorang perancangan yang baik.

Malah kalendar ayah aku sentiasa bertanda, semua perancangan dia tanda awal-awal lagi. Semua tarikh lahir kami sekeluarga di tanda dengan bulatan warna merah.

Paling kelakar adalah apabila aku kena marah dengan ayah aku, sebab aku pergi conteng kalendar kuda ayah aku. Mengamuk ayah aku, sebab semua perancangan kerja dia tulis dekat situ.

Dari situ aku belajar bahawa perancangan awal adalah penting. Dalam kita mencapai sesuatu, perlu ada sasaran dan perlu ada kaedah yang betul. 

Untuk mencapai sesuatu, pengurusan waktu juga penting, agar kita tahu sudah sejauh mana kita maju kedepan mengikut perancangan yang kita tetapkan.


Sekian dahulu bebelan aku entah apa-apa entah ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua pembaca blog ini. 

Semoga tahun 2015 kita semua akan lebih berjaya dan lebih baik serta lebih cemerlang berbanding tahun 2014. Sekian, terima kasih.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail