-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Perihal Orang Melayu Dimata Penjajah

Apabila orang putih datang menjajah kita. Mereka bukannya memerintah kita secara sembrono. Mereka ada buat kajian tentang perihal orang Melayu pada zaman itu.

Perihal Orang Melayu Dimata Penjajah

Antara buku yang menceritakan pasal orang Melayu adalah buku "Malay Sketches" hasil karangan Frank Swettenham. Buku ini ditulis pada tahun 1895, berdasarkan pengalaman Frank Swettenham sendiri yang telah tinggal di Tanah Melayu selama 24 tahun.

Siapa Swettenhem ini?

Swettenham adalah Residen-Jeneral untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau telah datang ke Tanah Melayu sejak 1871. Beliau fasih berbahasa Melayu, malah beliau juga telah berjaya menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language".

Bab pertama buku ini Swettenham memberi tajuk "The Real Malay". Menurut beliau untuk memahami orang Melayu ada beberapa perkara yang perlu orang asing itu lakukan, iaitu:
  1. Tinggal di Tanah Melayu
  2. Bertutur Bahasa Melayu
  3. Belajar menghormati adat dan budaya bangsa Melayu
  4. Minat apa yang diminati oleh orang Melayu
  5. Tahu gurau senda atau seloroh orang Melayu
  6. Sentiasa peka dan sedia menghulurkan bantuan ketika mereka susah.

Bagi Swettenham, jika beberapa perkara ini berjaya dilakukan, maka orang asing itu akan mendapat kepercayaan serta memenangi hati orang Melayu.

Keperibadian Orang Melayu

Perihal Orang Melayu Dimata Penjajah

Antara yang menarik si Swettenham mengupas tentang orang melayu ialah tentang keperibadian orang Melayu.
  1. Orang Melayu sikapnya penuh bersopan-santun, beradab dan peramah.
  2. Orang Melayu tak mudah untuk percaya kepada orang asing. Walaupun begitu, orang Melayu suka berlapik, walau ada rasa sangsi tetapi disembunyikan disebalik keramahan.
  3. Orang Melayu bijak bermain dengan kata-kata, susun ayat cantik dan berkias. Juga suka berseloroh dan berjenaka.
  4. Orang Melayu cepat belajar, 'hati terang' menerima pelajaran. Malah Swettenham berani mengatakan, jika orang Melayu berusaha dengan penuh keazaman, orang Melayu mampu hasilkan sesuatu yang hebat, lebih daripada apa yang mereka pelajari.
  5. Namum, pantang orang Melayu jika diri mereka di fitnah. Malah orang Melayu akan melawan sehingga ke titisan darah yang terakhir bagi menentang fitnah terhadap dirinya.
  6. Orang Melayu taat kepada raja dan pemimpin yang mereka kagumi.
  7. Orang Melayu juga taat beragama, sehingga mubaligh kristian berputus asa dalam meyebarkan ajaran kristian di Tanah Melayu.

Sifat Buruk orang melayu

Ada yang positif pasti ada pula yang negatifnya, mari kita lihat apa pula pandangan orang putih ini tentang sifat buruk orang Melayu. Swettenham juga ada menulis perihal tabiat dan sifat buruk orang Melayu pada masa itu.

  1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
  2. Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
  3. Suka mempercayai hal yang karut marut
  4. Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
  5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan
  6. Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
  7. Orang melayu tidak menghargai masa
  8. Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
  9. Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
  10. Orang melayu suka mengamok
  11. Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
  12. Orang melayu suka berpuak-puak
  13. Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal
  14. perkahwinan.


Orang selalu cakap jika kita hendak kenal diri kita, kita kena dengar pendapat daripada orang lain. Jadi aku rasa buku ini antara yang perlu kita baca untuk kenal bangsa kita sendiri, walaupun ianya ditulis oleh si bangsa penjajah.

Jangan cepat melatah, baca dan hadam. Ambil yang jernih buang yang keroh. kalau rasa rajin nak baca buku ini, boleh pergi ke laman Archive.org dan cari "Malay Sketches".

Sumber

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail