Nampaknya pemenang Contest bonus Akhir Tahun 2014 sudah diumumkan. Contest ini dianjurkan oleh awek blogger hebat AkmaOmar.com. Salah satu contest yang berlangsung dalam tempoh yang panjang, iaitu bermula 15 Oktober - 31 Disember 2014.
Tahniah kepada semua pemenang bagi kategori SEO dan juga Kategori Bonus. Satu contest yang menyaksikan persaingan sengit antara blogger-blogger hebat.
Ramai blogger-blogger otai yang turut serta contest ini, itu adalah satu cabaran besar bagi aku blogger yang baru nak bertapak. Masing-masing bersaing untuk "ranking"kan keyword "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan" di SERP.
Selain blogger yang hebat dari segi SEO, aku juga kagum dengan blogger yang mampu buat media sosial share yang begitu banyak. Nampaknya aku kena belajar juga ilmu share di media sosial nie.
Pemenang Contest Bonus Akhir Tahun 2014

Sebenarnya kalau kita lihat senarai TOP 5 pemenang kali ini, kebanyakkan memang blogger yang tak asing lagi, yang memang hebat teknik SEO mereka. Cuma aku yang tak berapa nak hebat nie tersesat, turut terselit juga.
1. Tempat Pertama – www.RelakssMinda.blogspot.com
2. Tempat Kedua – www.HasrulHassan.com
3. Tempat Ketiga – www.BloggerLelaki.com
4. Tempat Ke Empat – www.MalaysiaTercinta.com
5. Tempat Ke Lima – www.BloggInspired.com
Kalau nak tahu senarai penuh pemenang, anda boleh baca [DISINI]
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur AkmaOmar.com. Dan tak dilupakan juga kepada para penaja Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources dan UmmiMama.
Contest Hebat 2015
Tahun 2015 yang baru bermula, nampaknya sudah banyak contest-contest besar berlangsung. Tak menang tangan nampaknya blogger nak kejar...hehehe.
Baiklah jika ada kesempatan anda masih boleh sertai EMPAT contest menarik di bawah ini.
1. Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad, hadiah berjumlah RM1350.00 - Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Februari 2015. Berminat nak join klik [disini]
2. Contest SEO Malaysia Best blog 2015, hadiah utama RM1500 - Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Februari 2015. Nak join klik [disini]
3. Kontest Teroka Perspektif,, hadiah utama RM1000 dan hadiah sampingan - Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 januari 2015.
3. Kontest Teroka Perspektif,, hadiah utama RM1000 dan hadiah sampingan - Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 januari 2015.
4. Contest Bonus Awal Tahun 2015, hadiah utama pakej pelancongan ke Jepun, dan ada juga contest bulanan. Jika teringin turut serta boleh klik [disini]
Banyak bukan contest yang sedang berlansung, itu belum kira GA dan segmen yang lain. Jika ada kesempatan bolehlah turut serta memeriahkan contest ini, sebagai tanda sokongan kepada penganjur.