-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Manusia Terperangkap Dalam Dunia Siber

Hari ini kita dapat lihat bertapa dunia siber berkembang, ada, memang ada manusia yang terperangkap dalam dunia siber. Mereka ini ada simptom ketagihan teknologi.

Dalam masa 10 tahun, dari 2004-2014 telah banyak mengubah gaya hidup manusia.

Manusia Terperangkap Dalam Dunia Siber

Apabila berlakunya konflik indentiti manusia, berlawanan antara dunia siber dan alam reliti sebenar. Malah ada yang cuba masuk ke alam siber dan menganggap itu semuanya benar.

Ya, betul. Kalau apa aku tulis tidak benar. Masakan ada orang yang boleh sebarkan cerita, berita, gambar dan apa sahaja bahan siber. Walaupun ada sebaran itu tidak benar, tidak tepat, malah berunsurkan fitnah, tuduhan melulu.

Lebih kesian, kepada mereka yang percaya dan mati-matian menpertahankan kebenaran berita yang kononnya datang dari page facebook, dari group whatsapp. Sadis dengan sikap manusia yang kononnya hidup di zaman moden.

Manusia Terperangkap Dalam Dunia Siber

Mereka ini semua, aku anggap sebagai golongan manusia yang terperangkap dalam dunia siber. Mereka gagal untuk menggunakan dunia siber dengan cara yang betul.

Kenapa aku cakap gagal?

Sebab, mereka begitu taksub dan menaruh kepercayaan yang penuh. Ada dua jenis manusia yang gagal disini. Satu spesies yang memanipulasi dan satu lagi manusia yang dimanipulasi.

Spesies yang memanipulasi ini, satu golongan yang suka mengambil kesempatan. Tak kira samaada untuk kepentingan diri atau saja untuk suka-suka. 

Mereka reka cerita palsu untuk disebarkan, lagilah mereka suka apabila menjadi cerita itu menjadi 'viral'. 

Ya, viral itu adalah kegilaan alam siber masa kini.

Spesies yang rela dirinya dimanipulasi. Baca dan sebar, itulah prinsip hidup mereka. Mereka selalunya takkan baca dengan teliti dan selidiki terlebih dahulu setiap berita yang sampai kepada mereka.

Apa yang mereka tahu adalah, sebar, sebar, sebar, like, like, like dan follow

Ada lagi satu sudut dunia siber adalah penyamaran, menyamar jadi orang lain, tipu apabila update status. Aku ada jumpa satu video yang menarik untuk kita tonton tentang dunia siber, media sosial.


Satu video yang menarik dan mungkin patut jadi teladan buat kita, jangan jadi macam dalam video ini. Ini memang serius, please, tolong jangan jadi macam ini. 

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail