-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Jika ada yang bertanyakan aku lokasi percutian yang teringin sangat aku pergi. Aku pasti akan memilih Jepun sebagai destinasi pelancongan utama untuk aku.

Pakej pelancongan ke Jepun
kredit gambar : http://pathwayenglish.wikidot.com/suzuka0614
Kenapa mesti Jepun? Bagi aku, seorang lelaki yang membesar dengan anime dari jepun. Sedikit sebanyak pengaruh Jepun tertanam dalam jiwa aku. Masakan semasa aku kecil, aku teringin sangat pergi ke Jepun dan berjumpa dengan Ultraman dan menentang raksasa.

Negara yang terkenal dengan jolokan "Negara Matahari Terbit",  negara yang bangkit selepas perang dan kini menjadi salah sebuah negara pengeluar teknologi terkemuka dunia. Sebenarnya aku teringin juga nak merasa naik keretapi yang laju tue.

Disamping itu rakyatnya yang sentiasa bersemangat dan mempunyai budaya yang unik, bersopan santun. Layanan mereka kepada pelanggan mereka lain macam sikit cara dia.

Inilah salah satu sebab mengapa aku teringin melawat negara Jepun, lagipun seringkali aku menatap gambar panorama mukabumi Jepun yang menarik, salah satunya adalah keindahan bunga sakura yang memukau. Memang sesuai kalau nak bawa isteri berbulan madu sekali lagi sekat sini.

Pakej pelancongan ke Jepun

Baiklah, jika ada yang berminat nak bercuti di Jepun pada tahun ini. Aku ada info mernarik yang ingin dikongsikan kepada semua.

Ada 2 pakej pelancongan ke Jepun dengan bajet murah. Boleh melancong dan berjimat beb. Berikut adalah antara pakej yang di tawarkan oleh JBT.

Japan Budget Trip 2015 (Snow & Sakura)

Pakej pelancongan ke Jepun

Kepada mereka yang nak merasa main salji boleh pilih pakej ini. Bolehlah main baling-baling bebola salji kan.

Apa yang menarik dalam trip pakej pelancongan ini?

  • Trip ini akan bermula pada 27 March sehingga 1 April 2015.
  • Anda akan dibawa melawat ke Tokyo Disneyland - boleh jumpa Mickey Mouse.
  • Selepas itu trip ini akan bawa anda ke Gala Yuzawa -  tempat main ski nie, ada bran nak meluncur di atas ais??
  • Dan trip terakhir anda akan dibawa untuk shopping sakan di Karuizawa Shopping Plaza.

Jika anda berminat dengan trip ini, boleh klik [DISINI] untuk maklumat lanjut.

Japan Budget Trip - JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji)

Pakej pelancongan ke Jepun

Dalam trip pakej pelancongan ke Jepun ini, anda akan dibawa untu merasai dan mengenali negara Jepun dengan lebih dekat.

Apa yang menarik dalam trip pakej pelancongan ini?

  • Anda akan dibawa melawat sekitar bandaraya Osaka. Antara tempat menarik adalah Shinsaibashi - pusat perniagaan, Kaiyukan dan Temponzan - ada Ferris Wheel yang besar.
  • Anda juga akan dibawa menikmati pemandangan malam yang di indah di Umeda Sky Building -ada Floating Garden. Trip ini juga akan bawa anda ke Osaka Castle.
  • Selepas itu anda akan dibawa ke kota kebudayaan dan kesenian Jepun, iaitu Kyoto. Disini anda boleh melawat Higashiyama - menikmati suasana bangunan-bangunan lama Jepun.
  • Antara yang menarik juga di Kyoto adalah Arashiyama - yang menarik adalah Bamboo Groove.
  • Seterusnya, trip ini akan bawa anda ke sebuah istana yang tak pernah musnah atau runtuh iaitu Himeji Castle.
  • Dan antara lokasi yang paling menarik adalah Masjid Kobe, salah sebuah masjid yang berdiri dan tidak musnah secara total semasa bom Atom digugurkan.
Jika anda berminat dengan trip ini, boleh klik [DISINI] untuk maklumat lanjut.


Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati :
Hadiah Utama : 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan :
Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail