Kita semua ada hobi kita sendiri. Hobi ini adalah aktiviti yang kita suka buat untuk mengisi waktu lapang. Ada orang, kalau dia tak buat hobi dia boleh jadi resah gelisah, macam ada benda yang tak sempurna dalam hidup dia.
Hobi aku pula selain menulis entri mengarut di blog, aku juga suka buat reka grafik. Aku paling suka edit gambar guna Photoshop dan Adobe Illustrator. Lebih tepat dekat Photoshop aku suka buat manipulasi gambar, dan di Adobe Illustrator lebih kepada trace gambar dan buat logo.
Sebenarnya hobi ini berkembang sejak aku masih kecil, dari sekolah rendah lagi aku suka melukis. Ada masa lapang sahaja aku akan melukis. Aku lepaskan semua inspirasi dan luahan perasaan aku pada lukisan tersebut - ayat tak boleh blah.
Kini darah seni aku diluahkan pada melalui canvas komputer, aku sudah mula minat edit gambar sejak mula menggunakan Microsoft Paint, selepas itu beralih kepada Photoshop dan Illustrator.
Bertahun juga aku buat semua ini sekadar hobi, walaupun aku sedar benda ni boleh buat duit. Ya ramai yang buat duit dengan reka grafik. Tapi aku masih tetap nak buat sekadar hobi pada waktu itu
Tetapi secara tak sengaja, aku ada tolong kawan buat cover page Facebook dia. Selepas itu dia rekemen aku untuk buat design grafik t-shirt kawan dia. Sejak itu aku dah mula sibukkan diri buat dengan ambil tempahan buat design grafik t-shirt.
Cuma perbezaannya sangat kertara apabila hobi kita dijadikan sumber pendapatan. Ada pro dan kontra. Dari satu sudut kita gembira sebab kita boleh buat duit sambil melayan hobi yang kita minat.
Tetapi apabila ia sudah menjadi perniagaan, ia bukan lagi hobi di waktu lapang. Kita ada dateline, kita kena ikut kehendak pelanggan, kita kena pastikan pelanggan puas hati dengan design yang ditempah. Ini adalah bisnes bro.
Sebenarnya ia juga sudah menjadi salah satu cabaran buat diri aku.
Ya, aku kena cabar diri aku sendiri untuk berusaha menepati citarasa pelanggan aku. Jika aku tak mampu buat seperti yang pelanggan gambarkan, aku perlu pula cari idea yang lebih kurang sebagai 'Plan B' untuk dicadangkan kepada pelanggan.
Yang pasti aku gembira apabila aku boleh buat apa yang aku minat, yang aku suka, sambil menghasilkan duit. Lagipun aku tak berkira sangat soal harga, cuma bayaran biarlah berpada dengan molekul idea yang aku perah untuk hasilkan satu seni grafik yang cantik dimata pelanggan.