-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Erti Kasih Sayang Dengan Rotan

Aku pernah tulis pasal hukuman rotan untuk mendidik anak-anak dalam entri sebelum ini. Samaada ia masih relevan atau tidak, masing-masing ada jawapan sendiri.

Inilah salah satu hukuman kuno dalam masyarakat kita.

Bagi aku yang membesar didalam hukuman rotan dipraktikkan oleh ayah aku. Ketika zaman itu nasi lemak disekolah rendah masih 30 sen sepinggan.

Bukan sahaja ayah aku yang ada rotan, malah cikgu aku dekat sekolah ada rotan, tok guru mengaji aku pun ada rotan.

Jadi aku membesar dengan rotan. Tapi jangan silap bukanlah aku membesar tanpa kasih sayang. Ia adalah hukuman jika aku buat salah, erti kasih sayang yang diluahkan dengan rotan.

Erti Kasih Sayang Dengan Rotan

Pernah aku dirotan sebab pergi mandi sungai dan lupa nak pergi mengaji. Aku kantoi dengan ayah aku, balasannya aku kena rotan 3 das.

Itu sebagai peringatan bahawa tindakan aku adalah salah. Aku dah langgar peraturan yang ayah aku tetapkan. Ia mengajar aku makna tanggungjawab, berani buat berani tanggung.

Aku dirotan didepan adik aku, mereka tengok sambil nak menangis. Tapi itu juga sebagai peringatan buat mereka. Jika mereka degil macam aku, ponteng kelas mengaji, mereka juga akan dirotan macam aku.

Jadi hukuman merotan bagi aku masih efisien dalam mendidik anak. Walaupun ia nampak ganas, tapi jika ia digunakan untuk mendidik dan memberi pengajaran aku tidak mahu hukuman merotan disekat.

Tapi ayah aku tidaklah selalu gunakan rotan apabila menghukum aku. Ada masanya ayah berikan nasihat dan teguran serta marah-marah manja. Jikalau aku sudah terlampau degil barulah hukuman rotan dijalankan.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail